Bagi vertebrat, pundi hempedu (cholecyst, biliary vesicle) merupakan organ badan kecil yang penting bagi penghadaman lemak dan memekatkan hempedu yang dihasilkan oleh hati.

Sebarang komplikasi dialami hempedu manusia sehingga memaksa penyingkiran pundi ini (lazimnya melalui pembedahan) tidak akan menjejaskan keseluruhan badan kebanyakan individu.

Anatomi manusia sunting

Pundi hempedu merupakan sistem berongga yang terletak betul-betul di bawah hati.[1] Bagi manusia, pundi hempedu berukuran sekitar 8 sentimeter (3.1 in) panjang dan bergarispusat 4 sentimeter (1.6 in) apabila kembang sepenuhnya.[2] Ia terbahagi kepada tiga bahagian: fundus, badan dan leher. Leher meruncing dan bersambung dengan salur biliari melalui duktus sistik, yang kemudiannya bersambung dengan duktus hepatik sesama untuk membentuk duktus hempedu sepunya. Pada leher pundi hempedu terdapat lipatan mukosal yang dikenali sebagai kantung Hartmann, di mana batu hempedu biasanya tersangkut. Sudut kedudukan kantung hempedu terletak antara tepi kosta dan tepi lateralpada otot rektus abdominis.

Anatomi mikroskopi sunting

 
Mikrograf dinding pundi hempedu normal. Pewarna H&E.

Lapisan berlainan pundi hempedu adalah seperti berikut:[3]

  • Epitelium, lapisan nipis sel terdekat pada bahagian dalam pundi hempedu
  • Lamina propria, lapisan nipis tisu penghubung jarang (epithelium campur lamina propria membentuk mukosa)
  • Muskularis, lapisan tisu otot licin yang membantu pundi hempedu mengecut, memancutkan hempedu ke dalam salur hempedu
  • Perimuskular ("otot keliling") tisu berfiber, satu lapisan lain tisu penyambung
  • Serosa, penutup luaran pundi hempedu yang datang dari peritoneum, yang merupakan lapik rongga badan

Tidak seperti salur usus lain, pundi hempedu tidak memiliki muskularis mukosa.

Fungsi sunting

Apabila makanan berlemak memasuki saluran penghadaman, ia merangsang rembesan kolesistokinin (CCK). Sebagai tindak balas kepada kolesistokinin, pundi hempedu dewasa, yang menyimpan sekitar 50 mililiter (1.7 U.S. fl oz; 1.8 imp fl oz) hempedu, membebaskan kandungannya kedalam duodenum. Hempedu pada asalnya dihasilkan dalam hati, mengemulasi lemak dalam makanan separa hadam.

Semasa simpanan dalam kantung hempedu, hempedu menjadi semakin pekat yang meningkatkan keberkesanannya dan meningkatkan kesannya pada lemak.

Pada tahun 2009, ia dicadangkan bahawa pundi hempedu mampu menghasilkan beberapa hormon pankreas, termasuk insulin.[4]


Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) Kedudukan pundi hempedu dalam badan Diarkibkan 2012-01-20 di Wayback Machine
  2. ^ Jon W. Meilstrup (1994). Imaging Atlas of the Normal Gallbladder and Its Variants. Boca Raton: CRC Press. m/s. 4. ISBN 0-8493-4788-2.
  3. ^ "Staging of Gallbladder Cancer".
  4. ^ Sahu S, Joglekar MV, Dumbre R, Phadnis SM, Tosh D, Hardikar AA. (2009) Islet-like cell clusters occur naturally in human gallbladder and are retained in diabetic conditions. J Cell Mol Med[pautan mati kekal]. 2009 May;13(5):999-1000

Gambar tambahan sunting


Pautan luar sunting