Qatar di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Qatar telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Qatar juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1984.

Qatar di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCQAT
NOCMajlis Olimpik Qatar
Laman sesawangwww.olympic.qa (dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris)
di Tokyo, Jepun
Peserta15 dalam 7 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Tala Abujbara
Mohammed Al-Rumaihi
Pembawa bendera (penutupan)N/A
Pingat
Kedudukan ke-41
Emas
2
Perak
0
Gangsa
1
Jumlah
3
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Qatar meraih pingat emas pertama pada edisi ini apabila Fares El-Bakh berjaya meraih satu pingat emas. Emas kedua pula diraih oleh Mutaz Essa Barshim.

Pemenang pingat sunting

Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
  Emas Fares El-Bakh Angkat berat 96 kg lelaki 31 Julai
  Emas Mutaz Essa Barshim Olahraga Lompat tinggi lelaki 1 Ogos
  Gangsa Cherif Younousse
Ahmed Tijan
Bola tampar Bola tampar pantai lelaki 7 Ogos

Peserta sunting

Seramai 15 orang atlet terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita mewakili Qatar dalam tujuh sukan;[2]

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Angkat berat 1 0 1
Bola tampar 2 0 2
Judo 1 0 1
Lumba dayung 0 1 1
Menembak 1 0 1
Olahraga 7 1 8
Renang 1 0 1
Jumlah 13 2 15

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Athlete count for Qatar". Olympedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mac 2022.