Raja Noor Baizura

Peragawati dan pelakon Malaysia

Raja Noor Baizura Raja Shahar (lahir 1952 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai model, beliau mencipta nama dalam bidang perfileman pada era 80an.[1] Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989 menerusi filem Oh Fatimah.[2] Noor Baizura juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Rozie Othman dalam sebuah slot Cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996.

Raja Noor Baizura
Kelahiran
Raja Noor Baizura binti Raja Shahar

1952 (umur 71–72)
PendidikanJurusan Sebaran Am
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1971–kini
PasanganSyed Norulzaman Syed Kamarulzaman (k. 1981–1988)
Anak-anak1

Kehidupan peribadi sunting

Raja Noor Baizura ialah anak sulung daripada 7 adik-beradik dan merupakan bekas penuntut jurusan sebaran am di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM).[2][3]

Beliau berkahwin dengan diplomat, Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman pada 1981[4] dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Mukhriz Shah. Pasangan ini bercerai pada 1988 dan sejak itu, beliau tidak pernah berkahwin lagi.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Drama sunting

Telefilem sunting

  • Abang Muda (1996)
  • Asmara Beijing (2012)
  • Syurga Tanpa Dosa (2021)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1989 Festival Filem Malaysia ke-8 Pelakon Wanita Terbaik Dirinya sendiri Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Zainuri Misfar (30 September 2005). "Raja Nor Baizura kembali aktif berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2021.
  2. ^ a b Khadijah Ibrahim (21 November 2007). "Raja Nor Baizura - Sakit hati bila ditanya tentang berlakon". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2007. Dicapai pada 3 Mei 2015.
  3. ^ A. Kadir Pandi (3 Mac 1982). "Selamat tinggal kpd dunia filem Melayu..." Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 3 Mei 2019.
  4. ^ A. Kadir Pandi (27 Disember 1981). "Diplomat menjadi pilihan Raja Noor Baizura". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 3 Mei 2019.
  5. ^ Wahiduzzaman (13 Januari 2013). "Raja Nor Baizura Tidak Sunyi Menjanda 25 Tahun". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2017. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Pautan luar sunting