Ramesh Lai Ban Huat

Pemain bola sepak Malaysia

Rames a/l Lai Ban Huat (lahir 8 April 1980 di Perak) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pertahanan untuk Kuching City dalam Liga Super Malaysia.[2]

Rames Lai Ban Huat
Maklumat peribadi
Nama penuh Rames A/L Lai Ban Huat [1]
Tarikh lahir (1980-04-08) 8 April 1980 (umur 44)
Tempat lahir Perak, Malaysia
Ketinggian 1.67 m (5 ka ​5 1116 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuching City
Nombor 12
Kerjaya remaja
2000 Perak B-21
2001 Melaka B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2006 Telekom Melaka ? (1)
2007–2010 KL PLUS ? (0)
2011 FELDA United 17 (0)
2012–2018 Sarawak 135 (0)
2019– Kuching City 81 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2023

Kerjaya sunting

Rames dilahirkan di Perak, Malaysia. Dia bermain untuk pasukan Piala Presiden Perak sebelum menyertai pasukan Piala Presiden Melaka.

Rames memulakan kerjayanya bersama Telekom Melaka. Di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim, dia menjadi sebahagian dari pasukan Telekom Melaka yang menjadi naib juara Liga Premier 2004, tempat kedua Liga Super 2005-06 dan separuh akhir Piala Malaysia 2006.[3]

Selepas Telekom Melaka dibubarkan, Rames menyertai KL PLUS. Dia bersama pasukan itu selama 3 musim dan membantu kelab itu naik ke Liga Super 2009. Apabila KL PLUS dibubarkan pada hujung tahun 2010, Rames menyertai FELDA United untuk musim 2011. Dia bermain sebanyak 17 perlawanan liga dan membawa kelab itu ke suku akhir Piala Malaysia 2011.

Pada 2012, Rames berpindah ke Borneo dan menyertai Sarawak. Dia bermain sebanyak 32 perlawanan dalam semua pertandingan tetapi gagal menyelamatkan Sarawak dari tersingkir ke Liga Premier. Pada 2013 dia bermain sebanyak 33 perlawanan dalam semua pertandingan bersama Sarawak. Sarawak muncul juara Liga Premier 2013 dengan rekod tanpa kalah dan turut layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2013.[4]

Pada musim 2023, Rames mencipta rekod apabila menjadi pemain paling tua dan penjaring paling tua dalam saingan Liga Malaysia pada usia 43 tahun.[5]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 17 Disember 2023[6]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain² Jumlah
Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Telekom Melaka 2002 1 0 1 2
2003 0 0 0 0
2004 0 0 0 1[a] 0 0
2005 0 0 0 0
2006 0 0 0 0
Total 1 0 1 1 0 2
KL PLUS 2007 0 0 0 0
2008 0 0 0 0
2009 0 0 0 0
2010 0 0 0 0
Total 0 0 0 0
FELDA United 2011 17 0 3 0 7 0 27 0
Total 17 0 3 0 7 0 27 0
Sarawak 2012 25 0 1 0 5 0 1[b] 0 32 0
2013 21 0 2 0 10 0 33 0
2014 18 0 4 0 4 0 26 0
2015 16 0 1 0 8 0 25 0
2016 18 0 1 0 3 0 22 0
2017 15 0 4 0 4 0 23 0
2018 22 0 1 0 3[c] 0 26 0
Total 135 0 14 0 34 0 4 0 187 0
Kuching City 2019 14 0 2 0 16 0
2020 9 0 9 0
2021 19 0 5 0 24 0
2022 18 1 3 0 4 0 25 1
2023 21 0 1 0 2 1 3[d] 0 27 1
Jumlah 81 1 6 0 11 1 3 0 101 2
Jumlah kerjaya
  1. ^ Penampilan di perlawanan akhir Liga Premier Malaysia 2004
  2. ^ Penampilan di perlawanan play-off Liga Super Malaysia 2012
  3. ^ Penampilan di Piala Cabaran Malaysia 2018
  4. ^ Penampilan di Piala Cabaran Malaysia 2023

Pencapaian sunting

Sarawak

Rujukan sunting

Pautan luar sunting