Rasundiri a/p Ganapathi

Rasundiri a/p Ganapathi (50) merupakan seorang lagi keldai dadah dari Malaysia.

Pada Mei 2009, dia ditemani rakan baiknya Darina Ibrahim (43) termakan bujukan dua lelaki rakyat asing kononnya tekstil di Bangkok lebih berkualiti.Suaminya Mahinder Singh mendakwa isterinya itu ingin mengembangkan perniagaan jahitan. Dua lelaki berkenaan sering datang ke rumah untuk menempah baju dan menawarkan pengembangan perniagaan dengan membeli tekstil dari luar negara . Mereka terkandas di Itali kerana bagasi tekstil mengandungi dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam ruang rahsia.

Pada 16 Mac 2010 , Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno , Datuk Muhd Khairun Aseh menyatakan Pemuda UMNO melantik dua orang peguam dari Itali bagi membela dua wanita Malaysia itu di Mahkamah Itali. Suami Darina iaitu Jamalulhayat Vijaya Jeeva Yelumalai turut hadir dalam sidang media.[1]

Rujukan sunting