Robert Ludlum (25 Mei 1927 - 12 Mac 2001) ialah penulis Amerika Syarikat yang telah menulis 25 novel. Mempunyai lebih dari 290 juta cetakan buku, yang telah diterjemahkan ke 32 bahasa. Ludlum juga menulis buku dengan nama pena Jonathan Ryder dan Michael Shepherd.[1]

Robert Ludlum
Nama penaJonathan Ryder, Michael Shephard
PekerjaanPenulis
GenreThriller, Misteri

Beberapa novel Ludlum telah dijadikan sebagai filem dan siri mini, antara lain The Osterman Weekend, The Holcroft Covenant, The Apocalypse Watch, The Bourne Identity, The Bourne Supremacy dan The Bourne Ultimatum. Siri filem Bourne, yang dibintangi Matt Damon, telah berjaya secara komersial dan kritis (The Bourne Ultimatum memenangi tiga Anugerah Akademi pada 2008), meskipun jalan ceritanya sangat berbeza dengan novel.

Rujukan sunting

  1. ^ "Robert Ludlum". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-31. Dicapai pada 2019-10-04.

Pautan luar sunting