Robin Li Yanhong (Cina ringkas: 李彦宏pinyin: Lǐ Yànhóng; lahir 17 November 1968) ialah usahawan internet dan bilionair China. Beliau ialah pengasas enjin carian Baidu,[2] dan salah seorang individu terkaya di China, dengan nilai bersih US$6.0 bilion setakat pada Mei 2020.[1] Beliau juga membangunkan RankDex, enjin carian web pertama dengan algoritma pemarkahan tapak dan PageRank.

Robin Li
李彦宏
Robin Li, 2010
Kelahiran (1968-11-17) 17 November 1968 (umur 55)
WarganegaraChina
PendidikanUniversiti Peking
Universiti di Buffalo
PekerjaanJurutera perisian, usahawan internet
Kampung asalBeijing
Nilai bersihUS$6.0 bilion (Mei 2020)[1]
PangkatPengasas & CEO, Baidu
Ahli lembagaEducation & Technology Group Inc.
PasanganDongmin Ma
Anak-anak4
Robin Li
Cina Ringkas: 李彦宏
Cina Tradisional: 李彥宏

Li mempelajari pengurusan maklumat di Universiti Peking dan sains komputer di Universiti di Buffalo. Pada tahun 1996, beliau mewujudkan RankDex, enjin carian web pertama dengan algoritma pemarkahan tapak dan penarafan halaman.[3] Pada tahun 2000, beliau mengasaskan Baidu bersama Eric Xu. Li telah menjadi CEO Baidu sejak January 2004. Syarikat itu telah disenaraikan di NASDAQ pada 5 Ogos 2005.[4] Li telah dimasukkan sebagai salah seorang daripada 15 Asian Scientists To Watch oleh Asian Scientist Magazine pada 15 Mei 2011.[5]

Pada Ogos 2014, Li dilantik oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon, sebagai pengerusi bersama Kumpulan Penasihat Pakar Bebas mengenai Revolusi Data untuk Pembangunan Mampan.[6] Li ialah ahli Persidangan Konsultatif Politik Rakyat China ke-12.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Forbes profile: Robin Li". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 May 2020.
  2. ^ www.baidu.com
  3. ^ "About: RankDex", rankdex.com; accessed 3 May 2014.
  4. ^ "Baidu mesmerizes Wall Street - Taipei Times". www.taipeitimes.com. 7 August 2005. Dicapai pada 13 August 2017.
  5. ^ "The Ultimate List Of 15 Asian Scientists To Watch – Robin Li". AsianScientist.com. 15 May 2011. Dicapai pada 6 June 2011.
  6. ^ "UN Secretary-General's Data Revolution expert group". undatarevolution.org. Dicapai pada 13 August 2017.
  7. ^ 政协委员李彦宏:高薪挖著名教授成为不了优秀大学. China Internet Information Center. Dicapai pada March 5, 2016.

Pautan luar sunting