Haji Khairudin Haji Hashim atau lebih dikenali sebagai Rudyn Alhaj merupakan salah seorang penyanyi pop yeh yeh yang terkenal dengan lagu Naik Kereta Ku.

Rudyn Alhaj
Nama lahirKhairudin Haji Hashim
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an

Allahyarham Khairudin merupakan penyanyi utama kugiran The Bateks, yang kemudian ditukar namanya kepada The Impian Bateks.

Allahyarham Khairudin adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Temple di Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya pernah bertugas sebagai pegawai perancangan Sabah Filem Productions. Beliau juga merupakan sepupu kepada Junaidah M. Amin

Allahyarham Khairuddin (61) meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya Jalan Rawa, Taman Perling, Johor Bahru, Sabtu 12 Nov 2007, dan meninggalkan seorang balu, Cik Noor Marcia, dan seorang anak lelaki, Johan Farid Khairudin, pengacara program Mentor TV3 di Malaysia. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Johor Bahru.

Pautan luar sunting