Rumpun Bangsa Melayu

konsep perkauman yang tidak dipakai lagi | klasifikasi perkauman yang arkais

Konsep Rumpun Bangsa Melayu atau Bangsa Melayu dicadangkan oleh ahli sains Jerman Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), dan juga telahdiklasifikasikan olehnya sebagai bangsa pérang.[1] Sejak Blumenbach, banyak ahli antropologi telah menolak teori lima bangsanya, memetik kerumitan mengelaskan bangsa yang besar. Konsep "bangsa Melayu" berlainan dengan kelompok etnik Melayu yang bertumpu di sekitar Malaysia dan sebahagian dari pulau Sumatera serta Kalimantan di Indonesia.

Pengistilahan sunting

Istilah bangsa Melayu telah pada umumnya digunakan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Puak-puak ini menduduki sebuah kawasan dikuasai oleh orang Austronesia.[2] Bangsa Melayu dianggap sebagai sub-bangsa Mongoloid.[3]

Asal-usul sunting

Dalam 1775 doctoral dissertation berjudul De generis humani varietate nativa (On the Natural Varieties of Mankind), Blumenbach menggaris bentuk empat bangsa manusia utama mengikut warna kulit, iaitu Caucasian (putih), Ethiopian (black), Orang Asli Amerika (merah), dan Mongolia (kuning).

Pada 1795, Blumenbach menambahkan suatu bangsa bergelar 'Melayu' yang dia anggapkan suatu subkategori bangsa Ethiopia dan Mongoloid. Rumpun bangsa Melayu adalah mereka yang "berkulit perang, dari zaitun dan mahogani jelas kepada bunga cengkih yang tergelap atau buah berangan perang." Blumenbach menjelaskan istilah "Melayu" untuk memasuki pendudukan asli Marianas, Filipina, Maluku, Sunda, Indochina, dan juga Pulau Pasifik seperti orang Tahiti. Dia menganggapkan sebuah tengkorak Tahiti dia telah menerima sebagai pautan yang hilang; menunjukkan pemindahan di antara bangsa "asas", bangsa Caucasian, dan bangsa "merosot", Negroid.

Blumenbach menulis:

Kepelbagaian Melayu. Berkulit warna kuning keperang-perangan; rambut hitam, lembut, keriting, tebal dan banyak; kepala secara sederhana sempit; dahi sedikit bonjol; hidung penuh, lebar, seperti ianya berbaur, hujung tebal, mulut besar. Dagu bahagian atas agak senduk dengan sebahagian dari muka apabila dilihat di profil, cukup jelas dan berbeza dari satu sama lain. Jenis terakhir ini termasuk penduduk pulau-pulau Lautan Pasifik, bersama dengan penduduk Marianne, Filipina, Maluku dan Kepulauan Sunda, dan Tanah Melayu. Saya ingin menggelarnya Melayu, oleh kerana kebanyakan manusia jenis ini, terutamanya mereka yang mendiami kepalauan Hindia berhampiran dengan semenanjung Melaka, dan juga the Sandwich, the Society, the Friendly Islanders, dan juga orang Malambi dari Madagascar bawah ke penduduk Pulau Easter, gunakan idiom Melayu.[4]

Pengaruh penjajahan sunting

Pandangan pada Melayu dipegang oleh Thomas Stamford Raffles mempunyai pengaruh yang agak besar pada penutur Inggeris, berlama hingga hari ini. Dia mungkin adalah suara terpenting yang mengalakkan gagasan sebuah bangsa atau negara 'Melayu', tidak terhad pada kumpulan etnik Melayu, tetapi memeluk bangsa-bangsa yang besar tetapi bahagian tidak khusus kepulauan Asia Tenggara. Raffles membentukkan suatu visi orang Melayu sebagai 'negara' asas bahasa, berbarisan dengan pandangan gerakan Romantic Inggeris pada waktu itu, dan pada 1809 mengirimkan sebuah karangan sastera pada topik pada Masyarakat Asia. Selepas dia mounted suatu ekspedisi ke bekas tempat duduk diraja Minangkabau di Pagaruyung, dia mengumumkan bahawa ia adalah 'sumber kuasa itu, asal-usul negara itu, sangat berselerak luas di sepanjang Kepulauan Timur’. Dalam tulisan-tulisan kemudian dia memindahkan orang Melayu dari sebuah negara ke sebuah bangsa.Istilah bangsa Melayu sering disalah artikan oleh aktivis Melayu yang tidak diterima oleh ahli sejarah. Para aktifis ini memasukkan seluruh orang Indonesia yang tinggal disebelah barat Papue dan akan membuat jumlah bangsa Melayu menjadi 350 juta orang. Padahal orang Aceh, Batak dan Jawa tidak termasuk dalam pengertian bangsa Melayu (Milner,2008). Lagipula bahasa Melayu hanya satu dari 1000 bahasa di keluarga bahasa Astronesia (Bellwood 2004).[5]

Konteks Amerika Syarikat sunting

Di Amerika Syarikat, klasifikasi "bangsa Melayu" telah diperkenalkan dalam abad keduapuluh ke dalam undang-undang anti-percampuran bangsa di berbilangan negeri AS. Undang-undang anti-percampuran bangsa adalah undang-undang negara yang melarang perkahwinan di antara Eropah Amerika dan Afrika Amerika dan dalam sesetengah negeri juga orang bukan berkulit putih. Slepeas para pendatang Filipia, undang-undang wujud ini telah dipinda dalam berbilangan negara barat untuk melarang perkahwinan di antara orang bangsa Caucasian dan Filipina, yang dilantik sebagai anggota-anggota bangsa Melayu, dan sebilangan negeri-negeri Selatan committed dengan pengasingan perkauman berikut sesuai. Akhitnya 9 negeri (Arizona, California, Georgia, Maryland, Nevada, Dakota Selatan, Utah, Virginia, dan Wyoming) secara jelas melarang perkahwinan di antara bangsa Caucasian dan Asia.[6]

Banyak undang-undang anti-miscegenation akhirnya dimansuhkan selepas Perang Dunia Kedua, bermula dengan California pada 1948. Pada 1967, kesemua larangan peninggalan terhadap perkahwinan antarabangsa diputuskan tidak berpelembagaan oleh Mahkamah tinggi Amerika Syarikat dalam Loving v. Virginia dan oleh itu dimansuhkan.

Konteks Filipina sunting

Di Filipina, banyak Filipina menganggap istilah "Melayu" merujukkan pada penduduk asli negara dan juga penduduk negara jiran seperti Indonesia, Malaysia, Singapura. Tanggapan salah ini adalah sebahagiannya oleh sebab ahli antropologi Amerika H. Otley Beyer yang bercadangkan bahawa orang Filipina adalah sebenarnya orang Melayu yang berhijrah dari Malaysia dan Indonesia. Istilah ini dalam gilirannya disebarluas oleh para sejarawan Filipina dan masi diajari dalam banyak sekolah. Meskipun, konsensus yang ketara di kalangan ahli antropologi sezaman, ahli arkeologi, dan ahli bahasa sebenarnya mencadangkan yang terbalik; iaitu bahawa nenek moyang orang Austronesia Malaysia dan Indonesia telah terdahulunya berhijrah ke arah selatan dan barat dari Filipina sewaktu zaman prasejarah dari tempat asalnya di Taiwan.

[1]Konteks Indonesia sunting

Di Indonesia, istilah "Melayu" lebih berkaitan dengan kaum Melayu daripada bangsa Melayu. Ini kerana Indonesia sudah mempunyai puak asli lain yang telah memiliki dan membina kebudayaan dan identiti mereka yang dipercayai bahawa mereka mempunyai tradisi dan bahasa yang sangat berbeza dari orang Melayu pesisir. Terutama Minang dan orang Jawa yang tidak merasa sebagai orang Melayu. Melayu bukanlah satu daripada banyak kumpulan etnik di Indonesia yang mempunyai kedudukan yang sama seperti Jawa (termasuk kumpulan sub-etnik seperti Osing, Tengger & Cirebon), Sunda (termasuk suku bangsa mereka seperti Baduy), Minangkabau, suku Batak, Bugis, suku Dayak, Aceh, Bali, Toraja, dll. Istilah yang lebih diterima untuk merujuk kepada komuniti ini adalah Austronesian, dan juga perspektif negara Indonesia, sebagai Orang Asli.

Istilah bangsa Melayu pertama kali digunakan oleh para saintis asing semasa zaman kolonial. Semasa Hindia Belanda, orang asli diklasifikasikan sebagai orang asing atau orang asli untuk membedakan orang asli dari penduduk Eropah dan pendatang dari Asia (China, Arabia dan India). Konsep bangsa Melayu digunakan di Malaysia dan juga Filipina, dan digunakan di beberapa bahagian Indonesia di pantai timur Sumatra dan pantai barat Kalimantan, secara umumnya disebut sebagai kaum Melayu atau Melayu. Walau bagaimanapun, pemikiran dan kedudukan 'Melayu' juga berbeza di Indonesia, daripada meliputi wilayah besar orang Austronesia untuk mengehadkannya hanya di rantau Jambi di mana nama orang Melayu pertama kali direkodkan. Pada masa ini, identiti bersama yang mengikat bahasa Melayu adalah bahasa yang sama (dengan variasi dialek di kalangan mereka), Islam dan budaya mereka. [7]

Konteks Malaysia sunting

Di Malaysia, banci-banci kolonial awal memisahkan kumpulan etnik, seperti "orang Melayu, Boyan, Aceh, Jawa, Bugis, Manila (Filipina) dan Siam". Bancian 1891 menggabungkan kumpulan-kumpulan etnik ini ke dalam kategori kaum digunakan di Malaysia moden – orang Cina, ‘orang Tamil dan orang asli lain India’, dan ‘orang Melayu dan penduduk asli Kepulauan’. Hal ini berasaskan pada pandangan orang Eropah pada masa itu bahawa bangsa itu ialah biologi asas kategori sains. Untuk bancian 1901, kerajaan menasihatkan perkataan "bangsa" harus menggantikan "warganegara" bilamana ia muncul.[5]

Selepas suatu jangka masa generasi diklasifikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan ini, pengenalan individu membentuk di sekeliling konsep rumpun bangsa Melayu. Untuk generasi muda pada suatu bangsa, mereka melihat ini sebagai memberikan kesatuan dan perpaduan terhadap kuasa kolonial, dan pendatang bukan Melayu. Negara Malaysia kemudian dibentukkan dengan bangsa Melayu menjadi kedudukan berpusat dan mentakrif dalam negara itu.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Johann Friedrich Blumenbach University of Pennsylvania
  2. ^ Rand McNally’s World Atlas International Edition Chicago:1944 Rand McNally Map: "Races of Mankind" m/s. 278–279--Di peta, bangsa Melayu ditunjukkan menduduki kawasan sama di peta (terdiri terutamanya kepulauan yang kemudian digelarkan Hindia Belanda Timur, Filipina, Madagaskar, dan Kepulauan Pasifik, dan juga Semenanjung Tanah Melayu) dan luas sama dengan luasnya tanah diduduki oleh puak yang kini digelar orang Austronesia.
  3. ^ Rand McNally’s World Atlas International Edition Chicago:1944 Rand McNally Map: "Races of Mankind" m/s. 278–279--In the explanatory section below the map, it is explained that the Malayan race and the American Indian race are branches of the Mongolian race.
  4. ^ Johann Friedrich Blumenbach, The anthropological treatises of Johann Friedrich Blumenbach, translated by Thomas Bendyshe. 1865. November 2, 2006. [1]
  5. ^ a b c Reid, Anthony (2001). "Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities". Journal of Southeast Asian Studies. 32 (3): 295–313. doi:10.1017/S0022463401000157.
  6. ^ Pascoe, Peggy, "Miscegenation Law, Court Cases, and Ideologies of "Race" in Twentieth Century America, The Journal of American History, Vol. 83, June 1996, p. 49
  7. ^ "http://melayuonline.com/eng/about/dig/2 Melayu Online: Theoretical Framework". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-21. Dicapai pada 2019-01-28. External link in |title= (bantuan)

Templat:Historical definitions of race