Rusuhan Pattaya 2009

Rusuhan Pattaya 2009 merujuk kepada tunjuk perasaan puak berbaju merah bagi menjatuhkan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva pada April 2009. Rusuhan ini merupakan lanjutan krisis politik Thailand 2008, apabila Abhisit Vejjajiva dilantik sebagai Perdana Menteri pada 15 Disember 2008. Kumpulan berbaju merah merupakan penyokong bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang mengelar diri mereka Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator (UDD). Rusuhan ini terjadi di lokasi mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Pattaya Exhibition and Convention Hall (Peach) dan berhimpun di Royal Cliff Grand Hotel & Spa, pantai Pattaya, selatan Thailand.

Krisis politik Thailand antara keliru dan celaru angkara si merah dan si kuning. Akhbar The Nation menyifatkan rushan ini sebagai 'The Day Everyone is A Loser' (Hari Semua Orang Rugi), tidak kira baju merah, baju biru atau baju kuning. Ia adalah tindakan balas dendam oleh Thaksin dan penyokongnya terhadap tentera yang mengadakan rampasan kuasa dan tindakan PAD yang mendesak Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.

Sidang ini disertai 16 negara dan terpaksa berpindah randah dari Chiang Mai, ke Phuket dan terakhir ke Pattaya. Sepatutnya dibahagikan kepada beberapa mesyuarat iaitu Sidang Kemuncak ASEAN + China, Asean dengan Korea Selatan, Jepun dan India, Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat dan Asean dengan Australia dan New Zealand.

Rentetan peristiwa sunting

Rusuhan ini menjadi besar kerana cuti panjang di Thailand sempena perayaan Songkran dari 10-12 April 2009.

Sejak 26 Mac beberapa demonstarasi diadakan di kota Bangkok mendesak Abhisit meletakkan jawatan. Mereka mengugut akan memalukan Abhisit di Sidang Kemundak Asean ke-14 di Pattaya.[1]

Pihak polis dan tentera yang mengadakan sekatan jalan raya dan mengawal lokasi persidangan tidak mampu menyekat puluhan ribu orang. Pasukan keselamatan memakai jaket kalis peluru dan senapang hanya melepaskan beberapa tembakan gas pemedih mata. Tetapi penunjuk perasaan nekad membaling batu, kayu dan lain-lain kepada polis dan tentera yang menghalang. Puluhan ribu baju merah berkereta datang dari Bangkok, kira-kira 170 km dari Pattaya.

Perintah darurat dikeluarkan di Pattaya dan Chonburi agar pemimpin negara asing dapat diselamatkan. Perintah darurat dibatalkan sehari kemudian. Ramai pemimpin ASEAN, Jepun, China, Australia, New Zealand dan India telah hadir dan seiap sedia untuk bersidang. Namun Abhisit mengumumkan di televisyen bahawa sidang dibatalkan dan darurat diisytiharkan.

Si baju merah merempuh pintu kaca Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) tempat Sidang Kemuncak Asean ke-14 berlangsung pada 11 April 2009. Mereka mencari Abhisit Vejjajiva dari bilik ke bilik. Abhisit Vejjajiva menginap di situ dan sempat menemui beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak. Abhisit diselamatkan melalui helikopter yang mendarat di bumbung hotel dam menuju ke lapangan terbang tentera era Perang Vietnam, Lapangan Terbang U-Tapao meninggalkan Pattaya. [2]

Si baju merah menyerbu Royal Cliff Grand Hotel and Spa di mana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain pemimpin negara menginap. Najib menggunakan jalan darat menuju ke Lapangan Terbang Utapao dan tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang jam 7.30 malam 11 April 2009. [3].

Delegasi China termasuk Perdana Menteri China Wen Jiabao tidak dapat memasuki tempat mesyuarat di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya. Mereka terperangkap di Hotel Dusit Thani, km dari Pattaya. Datuk Bandar Pattaya Ittipol Kumpleum bercadang menyelamatkan mereka menggunakan helikopter dan bot keluar dari pantai Pattaya.[4]

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut hadir dan tidak menyangka penunjuk perasan begitu cepat meredah masuk. Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Myanmar, Thein Sein berlepas ke Lapangan Terbang Utapao sebelum berlepas pulang. Presiden Filipina, Gloria Arroyo menggunakan helikopter awam dari bumbung hotel. Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang dalam perjalan diarah berpatah balik ke Australia. Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru tiba di Lapangan Terbang Utapao terbang semula ke Indonesia.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso terperangkap dalam hotel. Begitu juga Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.[5]

Ekoran rusuhan sunting

Ramai yang mencadangkan lokasi sidang dipindakan ke negara lain. Tetapi Najib tidak setuju Pengerusi Sidang Kemuncak Asean Ke-14 ditukar. Ini akan memalukan imej Thailand di mata dunia.

Beberapa negara termasuk Australia, Kanada, Great Britain, New Zealand dan Singapura mengeluarkan nasihat supaya warganegaranya tidak melawat Thailand, terutamanya Bangkok dan Pattaya buat sementara waktu.

Ekonomi Thailand dijangka jatuh merudum kerana krisis politik telah berlarutan sejak 2006 dan menemui jalan buntu. Tentera patut berkuasa menyelamatkan keadaan. Thaksin harus bekerjasama memmbendung kebangkitan si baju merah dari utara ini. Sementara Abhisit dan si baju kuning harus mengadakan kerajaan campuran yang benar-benar adil.

Rujukan sunting