Sarah Louise Palin (lahir 11 Februari 1964) ialah ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Gabenor Alaska ke-9 dari tahun 2006 hingga tahun 2009. Beliau ialah calon naib presiden untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008 mendampingi John McCain (Republikan) namun dikalahkan oleh pasangan Barack Obama dan Joe Biden (Demokrat).

Sarah Palin
Palin pada tahun 2021
Gabenor Alaska ke-9
Dalam jawatan
4 Disember 2006 – 26 Julai 2009
TimbalanSean Parnell
Didahului olehFrank Murkowski
Datuk Bandar Wasilla, Alaska
Dalam jawatan
1996–2002
Didahului olehJohn Stein
Digantikan olehDianne Keller
Butiran peribadi
Lahir (1964-02-11) 11 Februari 1964 (umur 60)
Sandpoint, Idaho, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganTodd Palin (sejak 1988, cerai 2020)
Anak-anakTrack, Bristol, Willow, Piper, Trig
KediamanWasilla, Alaska
Alma materUniversiti Idaho
ProfesionWartawan, ahli politik
Laman web rasmiLaman web rasmi

Palin dipilih sebagai gabenor pada akhir 2006 setelah mengalahkan gabenor yang berkhidmat ketika itu, Frank Murkowski dalam pencalonan Parti Republikan, dan mengalahkan bekas gabenor Parti Demokrat, Tony Knowles dalam pilihan raya umum. Palin ialah wanita pertama sekaligus gabenor termuda yang pernah memegang jawatan Gabenor Alaska. Sebelum ini, Palin menjadi ahli dewan bandar Wasilla, Alaska dari tahun 1992 hingga 1996 (dua kali semasa tempoh jawatan), dan terpilih dua kali sebagai datuk bandar Wasilla, pada tahun 1996 dan 1999. Pada tahun 2002, Beliau pernah mencalonkan diri sebagai leftenan gabenor namun tidak terpilih. Palin mendapat ijazah Sarjana Seni dalam bidang kewartawanan Universiti Idaho.

Pada 29 Ogos 2008, calon presiden dari Parti Republikan, John McCain mengumumkan bahawa Palin telah dipilih sebagai pendamping dalam pilihan raya umum. Ini menjadikan Palin sebagai wanita calon naib presiden kedua yang mewakili parti politik besar di Amerika Syarikat selepas Geraldine Ferraro, sekaligus wanita calon wakil presiden pertama dari Parti Republikan. Beliau juga menjadi ahli politik kelahiran Alaska yang pertama kali mengikuti pilihan raya presiden/naib presiden di AS.

Palin mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk kerusi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bagi daerah kongres besar Alaska yang kosong akibat kematian penyandang kerusi tersebut Don Young dalam pilihan raya khas yang diadakan pada 16 Ogos 2022, namun beliau ditewaskan oleh calon Demokrat Mary Peltola. Beliau akan bertanding semula untuk kerusi tersebut pada pilihan raya umum pada bulan November 2022.

Kehidupan dan kerjaya sunting

Palin dilahirkan sebagai Sarah Louise Heath di Sandpoint, Idaho. Beliau ialah anak perempuan Sarah Heath (nama sebelum perkahwinan: Sarah Sheeran), yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah sekolah, dan Charles R. Heath, seorang guru sains semulajadi dan pelatih atletik.[1][2] Ibu bapanya berketurunan Inggeris, Ireland, dan Jerman.[1] Keluarganya berpindah ke Alaska ketika beliau masih kecil.[2] Sarah dan bapanya kadang-kadang bangun pada jam 3.00 pagi untuk memburu rusa moose sebelum ke sekolah. Keluarganya juga mengikuti pertandingan lumba lari 5 kilometer dan 10 kilometer.[2]

Palin bersekolah di Sekolah Tinggi Wasilla di Wasilla, Alaska. Di sekolahnya, beliau mengetuai Fellowship of Christian Athletes.[2] Dalam pasukan bola keranjang, beliau bermain sebagai point guard sekaligus bertindak sebagai kapten pasukan. Pasukan bola keranjangnya menjadi juara bola keranjang sekolah Alaska pada tahun 1982. Palin berjaya memenangi pertandingan dari lemparan bebas di detik-detik terakhir pertandingan walaupun mengalami patah tulang di pergelangan kaki.[2] Sewaktu aktif di bola keranjang, beliau menerima julukan "Sarah Barracuda" kerana permainannya yang bersemangat.[2]

Pada tahun 1984, Palin memenangi pertandingan kecantikan Miss Wasilla, dan menjadi juara kedua dalam Miss Alaska[3] yang melayakkan beliau menerima biasiswa universiti.[2] Dalam Miss Wasilla, beliau bermain seruling dan memenangi gelaran "Miss Congeniality".[4][5]

Palin memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kewartawanan dari Universiti Idaho, di mana beliau mendalami sains politik.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan rakan beliau, Todd Palin pada 29 Ogos 1988. Selepas berkahwin, beliau bekerja sebagai wartawan sukan untuk stesen televisyen tempatan di Anchorage sambil membantu suaminya sebagai nelayan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ancestry of Sarah Palin Diarkibkan 2008-09-01 di Wayback Machine oleh Robert Battle. URL diperoleh pada 26 Ogos 2008.
  2. ^ a b c d e f g h Johnson, Kaylene (2008). "Sarah: How a Hockey Mom Turned Alaska's Political Establishment Upside Down". Epicenter Press. ISBN 978-0979047084.
  3. ^ "Gov. Sarah Palin Was Second Choice in '84 Beauty Contest".
  4. ^ "McCain surprises with Palin pick". MarketWatch. 29 Ogos 2008. Dicapai pada 29 Ogos 2008.
  5. ^ "Commentary: Palin is brilliant, but risky, VP choice". CNN. 29 Ogos 2008. Dicapai pada 29 Ogos 2008.
  6. ^ Kizzia, Tom (29 Ogos 2008). "Gov. Sarah Palin: A biography". Anchorage Daily News. Dicapai pada 29 Ogos 2008.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
John Stein
Datuk Bandar Wasilla, Alaska
1996 – 2002
Diikuti oleh:
Dianne Keller
Didahului oleh
Frank Murkowski
Gabenor Alaska
2006 – 2009
Diikuti oleh:
Sean Parnell
Didahului oleh
Dick Cheney
Calon naib presiden Parti Republik
(presumptif)

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Janet Napolitano
Gabenor Arizona
Urutan protokol Amerika Syarikat
(ketika berada di luar Alaska)
Diikuti oleh:
Linda Lingle
Gabenor Hawaii
Didahului oleh
Dick Cheney & Lynne Cheney
Naib Presiden & Isteri
Urutan protokol Amerika Syarikat
(wilayah Alaska)
Diikuti oleh:
Datuk bandar dari bandar di Alaska (jika ada), selepas Nancy Pelosi
Juru bicara Dewan Perwakilan Amerika Syarikat