Sarawak Media Group

Stesen televisyen di Malaysia

Sarawak Media Group (atau lebih dikenali sebagai SMG) merupakan sebuah agensi penyiaran media & penstriman digital separa kerajaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak serta dipegang hak milik oleh Kementerian Komunikasi Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah merupakan rakan kongsi baharu Sarawak Media Group (SMG). SMG juga merupakan agensi penyiaran media yang terbaik di negeri Sarawak, serta mendapat sokongan penuh dari semua agensi media tempatan dan juga semua agensi media antarabangsa. Buat masa ini, hanya TVS sahaja yang masih beroperasi ketika ini. SMG mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.

Sarawak Media Group (SMG)
JenisMedia & penyiaran separa kerajaan
Ditubuhkan10 April 2018
Stesen TVTVS
Ibu pejabatLG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No.1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
Kawasan siaran
Malaysia
Singapura
Indonesia
Brunei
Thailand
Filipina
Australia
NegaraMalaysia
WilayahSarawak
Pemilik
Orang penting
Haji Kushairi Abang
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Laman sesawang
www.smg.my

Senarai saluran televisyen Sarawak Media Group (SMG) sunting

Sebahagian besar rancangan atau program yang disediakan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), adalah bertepatan dan lebih bersesuaian dengan aspirasi sebenar rakyat Sarawak, budaya & tradisi masyarakat Sarawak, semangat muhibbah rakyat, kerjasama perpaduan pelbagai kaum di Sarawak, semangat nasionalisme & reformisme Sarawak, serta penyatuan masyarakat pelbagai etnik & pelbagai agama di seluruh Borneo.

Selain daripada itu, terdapat juga rancangan atau program dari luar negara, terutamanya dalam rancangan berbentuk drama, filem, dan candawara (variety shows). Keutamaan ini diberikan kepada rancangan atau program dari negara Indonesia, Singapura, Australia, United Kingdom, Taiwan, Korea Selatan, Filipina, dan Turki.

Rangkaian televisyen milik Sarawak Media Group (SMG) sunting

Nama saluran televisyen Waktu siaran Genre / Jenis rancangan
TVS
(Saluran 122 MYTV, Astro dan Unifi TV)
24 Jam • Liputan berita utama terkini (berdurasi 1 jam sahaja) (siaran berita Utama TVS dan TVS Nightline)
• Liputan berita ringkas (berdurasi 30 minit sahaja) (Berita TVS, Berita Iban TVS, dan TVS Re Bao)
• Program bual bicara terkini
• Hal ehwal semasa & pengetahuan umum
• Filem dokumentari mengenai sejarah & asal usul negeri Sarawak
• Dokumentari bersiri mengenai sejarah, adat, tradisi & budaya masyarakat Sarawak
• Variasi umum / candawara / variety shows
• Program hiburan dan nyanyian bersama artis–artis dari Sarawak dan juga bersama artis–artis terkemuka tanah air
• Program animasi tempatan terkini
• Drama–drama tempatan Sarawak terbaru
• Telemovie tempatan Sarawak
• Filem–filem tempatan Malaysia yang terbaik
• Program siaran langsung majlis / acara rasmi anjuran kerajaan Sarawak
• Program siaran langsung majlis-majlis rasmi kerajaan Malaysia
• Program masakan tempatan Sarawak
• Drama–drama antarabangsa terkini (Filipina (Tagalog), Indonesia, China (Mandarin), Korea Selatan, dan Turki.)
• Drama & filem Inggeris terkini (Amerika Syarikat, Australia, dan United Kingdom)

Platform penstriman digital sunting