Sejarah ringkas perkembangan bahasa Java

  • 1991
    • The Green Project dimulakan
    • MS DOS ialah sistem operasi yang dominan.
  • 1992
    • "Oak" ialah satu bahasa pengaturcaraan.
  • 1993
    • The Green Project menjadi First Person.
  • 1994
    • WebRunner dikeluarkan – pengimbas-web pertama yang dapat menyokong objek-objek bergerak dan pelaksanaan dinamik.
  • 1995
    • Teknologi Java dikeluarkan kepada kumpulan terpilih di website wicked.neato.org
    • Akhbar The San Jose Mercury meletakkan artikel teknologi Java dimuka hadapan.
    • Nama "Oak" ditukar kepada "Java".
    • Pengumuman rasmi di Sun World mengenai kelahiran teknologi Java.
  • 1996
    • Perisian JDKtm 1.0 dikeluarkan.
  • 1997
    • Lebih 220,000 perisian JDK 1.1 dimuat-turun dalam masa cuma tiga minggu.
    • JavaOne dihadiri 8,000 tetamu, menjadikan ia sebagai konference pembangun terbesar.
    • Platform Java Card 2.0 diperkenalkan.
  • 1998
    • JDK 1.1 mencapai kemuncaknya dengan pencapaian dimuat-turun sebanyak 2 juta.
    • Visa melancarkan kad pintar pertama dunia,berasaskan teknologi Java.
    • The Java Community Process (JCP) ditubuhkan.
  • 1999
    • Kod sumber Platform Java 2 dikeluarkan
    • JavaOne menarik 20,000 penyertaan
    • Perisian beta J2EE dikeluarkan
  • 2000
    • Lebih 400 kumpulan-kumpulan pengguna Java ditubuhkan serata dunia.
    • Program Java Developer Connection dipuncaknya sebanyak 1.5 juta ahli
    • Steve Jobs menyertai Scott McNealy dipentas JavaOne untuk mengumumkan komitment besar Apple dalam menyokong teknologi Java.
  • 2001
    • Konferensi antarabangsa pertama JavaOne dibuat di Yokohama, Jepun.
    • Lebih 1 juta muat-turun bagi platform Java,Enterprise Edition (Java EE) SDK
  • 2002
    • Muat-turun J2EE SDK mencecah 2 juta.
    • 78% esekutif melihat teknologi J2EE sebagai platform paling effektif untuk membangun dan menyebar perkhidmatan web.
  • 2003
    • Teknologi java dipakai di desktop pada hampir sebanyak 550 juta.
    • Sebanyak hampir 75% pembangun-profesional menggunakan bahasa pengaturcaraan Java sebagai bahasa pembangunan utama mereka.
  • 2004
    • Platform Java 2, Edisi Standard 5 (Projek Tiger) dikeluarkan.
    • Kenderaan Marikh (Spirit) yang diperkuatkan oleh teknologi Java mendarat di permukaan planet Marikh.
    • Sun Java Studio Creator dikeluarkan.
  • 2005
    • Teknologi Java meraihkan ulang tahun kesepuluhnya
    • Dianggarkan sebanyak kira-kira 4.5 juta pembangun menggunakan teknologi Java
    • Lebihkurang 2.5 billion alat-alat menyokong teknologi Java boleh diperolehi.
  • 2006
    • Semasa di konferensi JavaOne 2006, Rich Green mengumumkan mengenai bukan persoalan bilakah Sun akan menukar Java sebagai teknologi sumber-terbuka tapi persoalan bagaimana.
    • NetBeans IDE 5.0 dikeluarkan.
    • Komponen-komponen sumber-terbuka Java EE sebagai tugasan Projek Glassfish di java.net
    • Komponen-komponen awal sumber-terbuka Java SE dan ME dikeluarkan.