Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu atau nama ringkasnya SAMT KKB, merupakan sebuah sekolah agama menengah yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
Lokasi
Jalan Pahang, Kuala Kubu Bharu, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoBERILMU, BERAMAL, BERTAKWA
Ditubuhkan1986
Nombor sekolah03-60641224
Kod sekolahBFT5002[1]
Pengerusi PIBGEncik Abdul Rahman
PengetuaTuan Naziri Bin Mad Isa
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd. Harnain Bin Jajuli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Najah Sallam Bin Mohd Ghazali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Noraizah Binti Abu Hassan
Faks03-60641224
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu memiliki 380 pelajar lelaki dan 437 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 817 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada mulanya, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu sebahagian daripada kawasan estet pokok getah. Kemudian pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membelinya dari tuan punya estet getah tersebut.

Projek pembinaan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu bermula pada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada 1986. Melalui alat-alat yang canggih dan moden pada masa kini, sekolah yang besar ini dapat disiapkan dalam masa dua tahun sahaja. Secara tidak langsung Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu menjadi sekolah agama ketiga di Selangor yang terletak di bawah pentadbir JAIS. Antara bangunan yang telah siap dibina ialah dua buah bangunan sekolah iaitu blok A dan blok B, dua h bangunan asrama iaitu blok A dan blok B,sebuah dewan sekolah, sebuah dewan makan asrama, sebuah kantin, sebuah musolla (surau), empat buah Kuarters guru dan sebuah bengkel pertukangan di sekolah ini.

Dahulu, tujuan SAMTKKB adalah untuk menampung pelajar-pelajar di Hulu Selangor sahaja. Keadaan ini disebabkan kerana bilangan sekolah yang ada ketika itu terhad. Bilangan-bilangan pelajar pula semakin bertambah. Masalah ini memaksa pihak JAIS untuk menubuhkan sebuah sekolah agama menengah di Selangor ini.

SAMTKKB telah dibuka pada 1 Jun 1986. Seiringan dengan itu, sekolah ini telah menerima kemasukan para pelajar dari Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek dan SAM Batang Kali. Mereka adalah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. pemindahan mereka ke SAMTKKB adalah disebabkan kekurangan kelas di sekolah mereka. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh pihak SAMTKKB pada peringkat awal pentadbirannya. Antara masalah-masalah tersebut adalah seperti kekurangan guru, kekurangan alat-alat kelengkapan atau keperluan dan masalah pengurusan kerana tiada kerani. Guru yang ada pada masa itu lebih kurang 13 orang sahaja. Pada masa yang sama, SAMTKKB juga menghadapi masalah ketiadaan pengetua untuk mengetuai pentadbiran sekolah. Sehingga pada awal 1987, SAMTKKB telah menerima seorang pengetua iaitu Ustaz Haji Tamyes Haji Abdul Wahid.

Peringkat kedua pembinaan SAMTKKb dilakukan pada akhir tahun 1993. tujuan pembinaannya adalah untuk membesarkan lagi SAMTKKB bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Kerja-kerja pembesaran SAMTKKB telah memakan masa selama dua tahun. Di antara bangunan yang telah dibina pada peringkat kedua ialah sebuah bangunan sekolah iaitu blok C dan dua buah bangunan asrama puteri iaitu blok A dan blok B

Walaupun pihak JAIS menghadapi masalah kewangan sepanjang projek pembesaran SAMTKKB namun perkara tersebut tidak menjejaskan usaha-usaha pembesarannya. Pada awal tahun 1993, projek pembesaran musolla SAMTKKB dilakukan. Pada awal tahun 2003, pihak sekolah telah membina sebuah musolla untuk pelajar puteri. Hasil usaha dan titik peluh dati guru-guru dan sokongan yang padu dari pelajar sendiri, SAMTKKB telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Lagu Sekolah sunting

Lagu Maahadku SAMT Kuala Kubu Bharu ini telah dicipta pada 4 Februari 2008 oleh tiga orang pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) iaitu Yusma Firdaus, Mohd Hisyam dan Zulhaiqal. Lirik lagu ini ditulis oleh Ustazah Noorlelawati bt Abdul Ghani dan dibantu oleh Cikgu Zahari daripada Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru Satu dalam penyusunan lagu. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui untuk menyiapkan lagu ini. Namun berkat kesabaran dan kesunggahan akhirnya lagu ini dapat dilancarkan dengan jayanya pada 31 Mac 2008 di Dewan Abu Hurairah, SAMTKKB.

Pencapaian sunting

Pencapaian Akademik sunting

Pada tahun 2015 Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu telah memperoleh pencapaian cemerlang dalam SMA dengan 15 orang mumtaz 53 jayyid jiddan dengan GPA 98.6 sekaligus menerima anugerah Sekolah Harapan Negeri Selangor. Ia juga telah memecahkan rekod sekolah sejak sekolah ini dibina 29 tahun lalu, bagi STAM pula 12 orang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dengan salah seorang daripadanya memperoleh Mumtaz dalam semua mata pelajaran yang diambil (Mumtaz Sofi) sekaligus membuatkan SAMTKKB mendapat tempat keempat dalam Selangor.

Alamat sunting

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
Jalan Pahang
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-60641224
Faks = 03-60641224

Rujukan sunting

Pautan luar sunting