Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampung Columbia

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampung Columbia atau nama ringkasnya SJK(T) Kampung Columbia, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Kampung Columbia.

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampung Columbia
கொலம்பியா கிராமத் தமிழ்ப்பள்ளி, ஆயர் தாவார்.
Lokasi
 Malaysia Jalan Kampung Columbia, 32400, Ayer Tawar,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
MotoSJKTKC CHAMPIONS
Ditubuhkan22 FERUARI 2023
Nombor sekolah01165566475
Kod sekolahABD1085
PengetuaPUAN RAMANI A/P RAMAN
GPK Pentadbiran dan AkademikKALAI SELVAN A/L MOHAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSUTHA A/P MARIAPPAN
Penolong Kanan KokurikulumMUNIAAMAH A/P KRISHNAN


Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampung Columbia memiliki 56 pelajar lelaki dan 49 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 105 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kampung Columbia berusia 103 tahun. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1918. Sekolah ini telah beroperasi selama 103 tahun di atas sebidang tanah milik persendirian seluas kira-kira 0.4 ekar. Pada mulanya sekolah ini hanyalah sekadar rumah yang telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan sekolah dengan murid seramai 20 orang. Pentadbiran sekolah pada masa itu adalah di bawah bidang kuasa Pengurusan Ladang Columbia kerana pada masa itu ia merupakan sebuah estet dan juga merupakan tanah milik persendirian.


Guru Besar  pertama iaitu En.Devasagayam menjadi guru besar buat sementara waktu. Kemudian Encik Veerappan telah mengambil alih menjadi guru besar. Mereka berdua berjaya mendapatkan bantuan daripada estet untuk menjalankan pentadbiran sekolah.Pada tahun 1959, Ladang Columbia telah dijual dan dijadikan lot-lot kecil. Sehubungan dengan itu, kebanyakan penduduk  telah berpindah ke tempat lain dan mengakibatkan pengurangan bilangan murid secara mendadak.


Pada tahun 1962, bilangan murid bertambah hasil usaha guru besar serta guru-guru. pada tahun yang sama juga telah menerima bantuan keperluan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat.  Sekolah ini juga telah menerima bantuan modal sebanyak RM 6000 bagi tujuan membina sebuah bangunan yang mempunyai 2 bilik darjah, pejabat dan tandas pada tahun 1973.


Hasil kerjasama yang erat antara pengurusan sekolah ini dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah membolehkan sekolah ini mendapat peruntukan yang sewajarnya bagi memperbaiki bangunan-bangunan sekolah dan juga membina satu lagi blok sekolah dengan 3 bilik darjah sera pagar baru di sekeliling kawasan sekolah.


Tanah persendirian ini telah pun menjadi milik sekolah seperti yang   dinyatakan di dalam surat yang dikeluarkan oleh pemilik tanah yang asal En.A.Krishnan, bertarikh 14 Mac 1967,  di mana beliau dengan jelasnaya menterjemahkan keikhlasan dan ketulusan hatinya apabila beliau bersetuju mewakafkan tapak tanah sekolah sediada tersebut kepada pemegang amanah sekolah.


Pihak Lembaga Sekolah , PIBG dan juga warga sekolah memohon sebidang tanah yang luas untuk membina sekolah yang mempunyai infrastruktur yang lengkap.


Pada tahun 2018, dibawah kepimpinan Guru Besar Puan.P.Pusparatha, telah membina sebuah perpustakaan, menaik taraf bilik guru yang sedia ada dengan penghawa dingin dan meja guru yang serba lengkap serta pengubahsuaian Bilik Gerakan.


Hasil usaha daripada Puan P.Pusparatha, guru besar telah memasang 2 buah Papan Pintar ‘Smart Board’di Bilik Darjah Tahun 1 dan Tahun 6 Bagi memperkasa kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Perasmian Papan pintar ini telah disempurnakan oleh Setiauasaha Kehormat ADUN Sungkai, Encik Muthusamy pada tahun 2018 dengan jayanya.

Pada tahun 2019, tanah sekolah telah diukur semula dan pintu masuk yang baharu  serta pondok pengawal keselamatan sekolah telah dibina. Selain itu, kerja-kerja pendawaian elektrik juga telah dilakukan bagi memastikan bekalan elektrik yang berterusan di sekolah.


Tahun 2020 merupakan nostalgia dalam sejarah sekolah. Guru Besar Pn.Pusparatha bersama Guru Kanan Encik.M.Kalaiselvan telah menyertai dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan di peringkat kebangsaan dan telah memenangi pingat Perak bagi penciptaan Aplikasi e-RPH Paavanam. Selain itu, mereka telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Antarabangsa (IPITEx) di Bangkok pada 2-6 Februari 2020 dan telah memenagi Anugerah Emas India, Anugerah Emas Filipina dan Anugerah Gangsa IPITEx.


Pada tahun 2020 juga Rancangan Pengajaran Harian atas talian iaitu CIDS diperkenalkan dan digunapakai secara rasminya bagi merancang pengajaran guru. Sekolah ini merupakan sekolah rendah yang pertama di Perak yang menggunakan 100% dalam merancang pengajaran harian guru.


Hasil usaha sejak beberapa tahun, pada 22 April 2020 telah mendapat surat kebenaran untuk tapak baharu sekolah berhampiran dengan Jalan Besar Ayer Tawar yang berukuran 2 ¼ hektar tanah telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Penantian hampir 20 tahun akhirnya telah berjaya apabila pihak kerajaan memberi persetujuan untuk memberi tapak baharu.


Seterusnya, pada tahun Januari 2021 Saudari Subbulatchumi Murugan, murid sekolah ini telah mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa. Saudari Subbulatchumi Murugan telah menjadi Naib Juara dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Tamil yang telah diadakan secara atas talian. Seramai 600 peserta dari 5 buah negara iaitu India, Oman, Malaysia, Singapura dan UAE telah mengambil dalam pertandingan ini.


Barisan Pucuk Kepimpinan SJKT Kampung Columbia

I. 07 Jun 2022 hingga sekarang                                   :           Puan R.Ramani

II.Oktober 2017 hingga Mei 2022                                  :           Puan P.Pusparatha

III. Jun 2015 hingga September 2017                            :           Puan R.Gnanathai

IV. April 2004 hingga Mei 2015                                       :           Puan R.Nagespari

V. Mei 1997 hingga April            2004                            :           Encik Balaraman

VI. Januari 1997 hingga Mei 1997                                  :           Puan Vijayaletchumy

VII.                        1996                                                    :           Encik Murugesan

VIII.                        1995                                                    :           Puan Malliga

IX.                       1992                                                    :           Encik Sinnasamy

X.                        1980                                                    :           Encik Annamalai

XI.                        1970                                                    :           Encik Somasundram

XII.                        1957                                                    :           Encik Munusamy

XIII.                        1918                                                    :           Encik Veerapan

XIV. Januari hingga Mei 1918                                           :           Encik Devasagayam


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampung Columbia
Jalan Kampung Columbia
32400, Ayer Tawar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 01165666475
Fax =

Pautan luar sunting