Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat, Perak
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat Kinding atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Changkat Kinding, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Changkat Kinding Tanjong Rambutan..
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kinding Ladang Changkat Kinding, 31250, Tanjung Rambutan,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6055336510 |
Kod sekolah | ABD2174 |
Faks | 6055336510 |
Sejarah sunting
Ladang Changkat Kinding memang terkenal dengan penanaman getah dan teh dimana penduduk – penduduk tempatan mengharapkan sumber pendapatan daripadanya.Di sini , kebanyakan para isteri penoreh getah pun bekerja
untuk menambahkan sumber pendapatan bagi menampung keluarganya .Pada tahun 1928,menurut kata salah seorang tua yang berasal dari ladang ini,salah seorang dari penduduk tempatan tersebut telah ditugaskan sebagai penjaga kanak-kanak apabila mereka ditinggalkan oleh ibu bapa yang bekerja.
Dari situlah sejarah sekolah ini telah bermula.
Pada tahun 1930, pihak ladang telah membina sebuah bangunan yang berukuran 36’ x 30 ‘ yang telah menampung kira –kira 12 hingga 15 orang murid. Seorang penoreh getah dari ladang ini, iaitu En.Sanjeevy telah ditugaskan untuk mengajar murid –murid ini pada waktu petang. Manakala pada waktu malam pula bangunan ini di gunakan sebagai “Panggung Drama”.
Pada tahun 1932, seorang guru yang bernama En.Krishnasamy yang mempunyai kelayakan darjah 4 telah dilantik menjadi seorang guru.
Beliau berkhidmat sehingga 8.2.1939. Pada masa itu seramai 31 orang murid belajar di sekolah ini. Waktu persekolahan adalah dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi dan 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. En.Krishnasamy telah diberhentikan kerja kerana beliau tidak berkelulusan darjah V ,menurut Bil.(4)in.Ed.Pk.618/38 dan Bil.(3)in.Ed.Pk.620/38.
Pada 3.3.1939 ,En.Suppiah telah dilantik sebagai menjadi guru bagi sekolah ini menurut Bil.(49) in.Ed.Pk.714/39. Gaji beliau adalah sebanyak RM 20.00 sebulan. Beliau berkhidmat sehingga 13.12.1941.
Pada tahun 1942 En.S.Samiappan yang berkelulusan darjah V dan VI dari Ladang Klabang ,Chemor dilantik menjadi guru menurut Bil.(2)in.Ed.Pk.115-2602.
Pada tahun 1943, En.K.Perumal telah dilantik menjadi sebagai guru. Pada masa itu, bilangan murid adalah sebanyak 25 sahaja. Beliau berkhidmat sehingga 10.8.1975 sebagai guru dan memegang jawatan sebagai Guru Besar. Tambahan pula, bilangan murid telah bertambah dan sebanyak empat orang
guru telah berkhidmat pada masa itu.
Pada Peperangan Dunia Kedua (Zaman Jepun) sekolah tidak dijalankan dengan sempurna dan dibuka semula pada 8.10.1945.
Pada 11.8.1975 En.P.Suppiah telah di lantik menjadi guru besar untuk mengambil alih tugasannya. Selain itu, permohonan untuk membina semula bangunan usang ini telah di bawa pada pihak atasan iaitu kerajaan dan pihak ladang. Pihak ladang pun tidak mengambil langkah yang konkrit .
Guru besar dan pihak ladang telah berusaha untuk mendapatkan kebenaran dari Pejabat Pelajaran untuk menggunakan bekas Sekolah Cina yang berukuran 52’ x 22’ untuk di jadikan Sekolah Tamil menurut Bil(3C) J.Pel.Pk.776/4 pada 8.8.1977.
Pada masa itu hanya dua orang guru sahaja yang bertugas termasuk guru Besar. Pada tahun 1985 terdapat kelas - kelas dari darjah 1 hingga 6 dengan bilangan murid sebanyak 36 orang. Empat orang guru telah bertugas di sekolah ini termasuklah Guru Besar.
Bermula tahun 1985 sehinggalah ke tahun ini kemasukan murid telah terus menunjukkan peningkatan.
Disebabkan berlakunya perubahan di dalam pemilikan tanah yang kami duduki pada masa tersebut, kami telah disediakan dengan tanah yang lain yang terletak hampir 1500 meter dari bangunan lama.
Di bawah peruntukan kerajaan sebuah bangunan tambahan baru yang merangkumi tiga buah bilik darjah, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan dan sebuah tandas guru telah dibina.
Akhirnya pada 28 Mac 2011, kami telah masuk ke bangunan tersebut. Sebagai tambahan kepada bangunan tersebut tiga buah kabin telah disumbangkan oleh pemilik tanah yang lama.
Pada bulan September 2012, tiga buah bangunan tambahan telah dibina dengan menggunakan peruntukan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Haji Husni Hanadzlah. Kini jumlah murid ialah seramai 43 orang dan 12 orang guru termasuk guru besar.
Bil | Nama | Tempoh Berkhidmat |
1. | En.Sanjeevy | 1930 - 1934 |
2. | En.Krishnasamy | 1934 –1939 |
3. | En.Suppiah | 1939 - 1941 |
4. | En.Samiappan | 1941 - 1943 |
5. | En.K.Perumal | 1943 – 1975 |
6. | En.S.Suppiah | Ogos 75 – Feb 82 |
7. | En.V.Ganeson | Feb 82 – Jun 83 |
8. | En.S.Veerasamy | Jun 83 |
9. | En.James Ratnam | 16 Nov 1986 – 15 Mei 1989 |
10. | En.S.Perumal | Mei 1989 - 1993 |
11. | Pn.Philomena | 1993 – 1997 |
12. | En.Sugumaran | 1997 |
13. | En.Therunamalai | 1997 – 1999 |
14. | Pn.S.Sagoondalay | 2000 -31 Julai 2004 |
15. | En.Karuppiah a/l Nadarajah | 01.08.2004 -30.06.2005 |
16. | Pn.Vaidavanida a/p Vengadasalam | 18.07.2005 -23.08.2007 |
17. | Pn. Bhairavi a/p Govindan Nair | 24.08.2007 – 15.12.2014 |
18 | Pn. Vasanthra Devi a/p Balakrishan | 26.12.2014 |
Pencapaian sunting
BUAT PERTAMA KALINYA SEORANG MURID SEKOLAH INI S.ATHAVAN TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN 7A DALAM PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2010
BERKAT KERJASAMA IBU BAPA DAN JUGA GURU-GURU SEKOLAH INI KECMERLANGAN INI TELAH DITERUSKAN SEHINGGA TAHUN 2012 DI MANA SEORANG MURID ADIK S.PRIYA DHARSHINI TELAH JUGA MENDAPAT 7 A DAN YANG PALING MEMUASKAN IALAH PENINGKATAN PERATUS KELULUSAN YANG SANGAT TINGGI.
Alamat
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Changkat Kinding
- 31250, Tanjung Rambutan
- Perak, Malaysia
- Telefon = 6052560024
- Fax = 6052560024