Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang (1)

Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang (1) atau nama ringkasnya SK (L) Bukit Bintang (1), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8,.

Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang (1)
Lokasi
Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8,, PETALING JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah379574446
Kod sekolahBBB8303
Guru besarPn Hjh Roseni Bt Hj Salleh,
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Marsilah bt Kartimon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Hajah Rosnah bt Idrus
Penolong Kanan Kokurikulum En. Nor'Ihsan b. Syarif
Faks379574446


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang (1) memiliki 230 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 230 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bukit Bintang Boy School lahir dari cetusan idea Cik Glasgow dan Cik Elina Cooke. Mereka berdua adalah Pengetua Sekolah ‘Bukit Bintang Girl School’. Sebelum adanya bangunan sekolah, murrid-murid Bukit Bintang Boys School menumpang di bangunan National Type English School, Petaling Jaya. Guru Besar yang pertama ialah Puan Leong Siew Tin. Pembinaan sekolah ini adalah hasil usaha murid-murid dan guru-guru Bukit Bintang Girl School dan sumbangan ahli gereja Jalan Venning.

Pada 7hb Mac 1957, bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang TerAmat Mulia Raja Muda Selangor. Pada masa itu, bangunan sekolah hanya terdiri dari bangunan dua tingkat yang mempunyai 6 bilik sahaja. Pada mulanya hanya terdapat 73 orang murid sahaja. Bilangan murid sekolah ini kian meningkat. Pada tahun 1958, bilangan muridnya adalah seramai 326 orang(9 buah kelas),1959 ada 410 orang murid (10 buah kelas) dan pada tahun 1963 murid sekolah ini terus meningkat kepada 781orang (20 buah kelas). Pada 15hb Febuari 1960, murid-murid sekolah menggunakan bangunan sekolah menengah kerana Sekolah Menengah (L) Bukit Bintang telah berpindah ke Jalan Utara, Petaling Jaya.

 Pada tahun 1963, sekolah ini telah mendapat tambahan 3 buah bilik darjah lantas mempunyai 20 buah bilik kesemuanya. Pertambahan bilangan murid dan kekurangan bilik darjah telah memaksa SRK(L) Bukit Bintang dibahagikan kepada SRK(L) Bukit Bintang (1) dan SRK(L) Bukit Bintang (2) pada tahun 1964.      Pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan telah memberi bantuan untuk membina 2 buah bilik untuk guru besar, sebuah kedai buku, sebuah bilik muzik, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains dan gelanggang badminton.

Pada tahun 1997, sebuah bilik sains telah dinaik taraf kepada sebuah Makmal Sains agar mata pelajaran Sains yang baru di perkenalkan boleh dijalankan. Pada tahun 1999, pihak sekolah telah mengubah suai sebuah bilik kepada Makmal Komputer dan memulakan kelas Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK) dalam jadual waktu persekolahan. Pada tahun yang berikutnya kelas Aplikasi IT telah dijalankan di luar jadual waktu persekolahan dan melibatkan semua murid SK(L) Bukit Bintang 1.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang (1)
Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8,
Selangor, Malaysia
Telefon = 379574446
Fax = 379574446

Pautan luar sunting