Sekolah Kebangsaan Batu 48

Sekolah Kebangsaan Batu 48 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital, Kg. Pak Sabah , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Batu 48
Lokasi
Jalan Hospital, Kampung Pak Sabah, Dungun, Terengganu Darul Iman
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098481489
Kod sekolahTBA1025 [1]
Faks6098481905
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu 48 memiliki 496 pelajar lelaki dan 470 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 966 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Batu 48
Jalan Hospital, Kg. Pak Sabah , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098481489
Fax = 6098481905

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun mula dibuka pada 5 Januari 1969. Ia didirikan di atas Lot No. 3158 yang berkeluasan 2.9439 ekar. Pada peringkat awal penubuhan, dua blok bangunan kayu telah didirikan yang memuatkan enam buah bilik darjah dan sebuah pejabat.

Sebelum pembukaan sekolah ini, penduduk kampung ini menghantar anak mereka ke sekolah yang agak jauh iaitu Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Dungun dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Dungun. Selain itu, ada juga yang menghantar ke sekolah Inggeris iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.

Atas inisiatif beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kampung Batu 48, yang diketuai oleh Encik Sulaiman bin Ibrahim, mereka telah menyampaikan hasrat penubuhan sekolah ini kepada YAB Menteri Besar Terengganu pada ketika itu, lalu tertubuhlah Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun. Encik Sulaiman bin Ibrahim seterusnya dilantik untuk menduduki Jemaah Pengurus Sekolah.

Guru Besar pertama yang dilantik bagi sekolah ini ialah Tuan Hj. Ismail bin Ambak. Pengambilan murid-murid untuk peringkat pertama adalah dari tahun 1 hingga tahun 6. Seramai 250 orang murid mendaftar untuk belajar pada tahun pertama dengan tenaga pengajarnya seramai 7 orang.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting