Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat


Sekolah Kebangsaan (F) FELDA Jerangau Barat merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Jerangau, Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat
Lokasi
Jalan Jerangau,, Ajil, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098385575
Kod sekolahTBA5042[1]
Guru besarEn. Sabri b. Saad
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Musa Khan b. Kana
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ismail b. Mat Yaman
Penolong Kanan KokurikulumEn. Nordin b. Ghazali
Faks98385575
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat memiliki 163 pelajar lelaki dan 147 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 310 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah Sekolah [1] sunting

Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat telah dibuka secara rasmi pada tanggal 01 Januari 1984, Ahad. Ketika itu sekolah ini hanya dilengkapi dengan sebuah bangunan batu (blok A) dan bangunan kayu. Pada tahun 1995 bangunan blok B setinggi 3 tingkat telah siap dan mula digunakan sepenuhnya.

Pada mulanya Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat hanya mempunyai seramai 154 orang murid yang terdiri dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Tenaga pengajarnya pula hanya seramai 7 orang sahaja. Guru besar pertama ialah Encik Yusof bin Ngah yang mula berkhidmat dari 01 Januari 1984 hingga 21 September 1986.

Keseluruhan pelajar yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA Jerangau Barat. Taburan perkampungan pelajar adalah terdiri daripada Perkampungan Peringkat Satu yang terdiri daripada sebelas (11) blok penempatan. Jarak dari rumah kediaman pelajar ialah dari 500 miter hingga 3 kilometer. Peringkat Ke-2 pula terdiri daripada 2 blok perkampungan. Jarak dari sekolah ialah antara 3 hingga 4 kilometer. Peringkat Ke-3 pula pula terdiri daripada 2 blok perkampungan dan jarak dari sekolah ialah antara 4 hingga 5 kilometer. Peringkat seterusnya ialah Peringkat 4 yang terdiri daripada 2 blok perkampungan. Jarak dari sekolah ialah lebih kurang 5 hingga 6 kilometer.

Lagu Sekolah [2] sunting

Sekolah Mulia

Sekolah Tercinta

Sekolah Kebangsaan F.J.B

Menjadi Sekolah Wawasan

Murid Berusaha

Guru Membimbing

Lahirlah Kami Insan

Yang Cemerlang

Berilmu Beriman Beramal

Lahirlah Kami Insan Yang Cemerlang

Berilmu Beriman Beramal

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Felda Jerangau Barat
Jalan Jerangau, 21820 Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon/Fax = 6098385575
Fax = 098385575

Pautan luar sunting