Sekolah Kebangsaan Felda Mengkawang

Sekolah Kebangsaan Felda Mengkawang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Felda Mengkawang, , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Felda Mengkawang
Lokasi
Kampung Felda Mengkawang,, Ajil,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096881416
Kod sekolahTBA5044[1]
Faks6096124960
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Felda Mengkawang memiliki 117 pelajar lelaki dan 111 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 228 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pembinaan SK Felda Mengkawang bermula pada tahun 1985 yang melibatkan pembinaan 3 blok bangunan kayu yang masih digunakan hingga hari ini. Nama SK Felda Mengkawang diambil sempena nama Kampung Felda Mengkawang yang mula diteroka dan dibuka pada tahun 1978. Kemasukan murid-murid ke sekolah ini bermula pada awal tahun 1986 dengan kumpulan perintis murid Tahun 2 sebanyak 2 kelas.

Sebelum pembinaan SK Felda Mengkawang, murid-murid di Felda Mengkawang belajar d SK Lubuk Periok, Hulu Terengganu. Selepas kemasukan semua murid bagi semua tahun, sesi persekolahan terpaksa diadakan dua sesi iaitu sesi pagi melibatkan murid Tahun 1, 2 dan 3 manakala sesi petang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6. Ini disebabkan bangunan yang ada tidak mampu menampung jumlah murid. Waktu persekolahan satu sesi hanya bermula pada tahun 1994 apabila bangunan baru 3 tingkat siap dibina.

Pada peringkat awal, kemudahan asas di SK Felda Mengkawang adalah kurang memuaskan. Jalan pengangkutan pada ketika itu berupa tanah merah, tanpa kemudahan pengangkutan awam dan tanpa kemudahan telekomunikasi. Bekalan elektrik yang diterima hanya 12 jam sehari iaitu pada waktu malam sahaja manakala bekalan air diperolehi daripada air bukit. Guru Besar pertama SK Felda Mengkawang ialah En. Mansor bin Othman yang berkhidmat pada 20 Sept. 1985 hingga 27 Julai 1987, diikuti En. Abdul Razak bin Che Ibrahim (12 Dis. 1987 hingga 31 Jan. 1994), En. Mat Yusof bin Mamat (1 Feb. 1994 hingga 31 Ogos 1997), En Othman bin Mohd (1 Sept. 1998 hingga 22 Jan. 2000), Tn. Hj. Mohamad bin Awang (23 Jan. 2000 hingga 20 Nov 2000), Tn. Hj. Mat Hassan bin Draman (1 Dis 2000 hingga 15 Jun 2006), En. Mohd Ariffin bin Salim (16 Jun 2006 hingga 31 Dis 2007) dan Tn. Hj. Muda bin Awang (16 April 2008 hingga sekarang).

Pengerusi PIBG yang pertama ialah En. Abdul Manan bin Hj. Ali (1986 hingga 1989), diikuti En. Mohamad bin Abdullah (1990) dan En. Zakaria bin Mat Ali (1991 hingga sekarang).

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Felda Mengkawang
Kampung Felda Mengkawang, , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096881416
Fax = 6096124960

Pautan luar sunting