Sekolah Kebangsaan Kampong Besut

Sekolah Kebangsaan Kampong Besut merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ulu Seladang, Kg Besut, , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kampong Besut
Lokasi
Jalan Ulu Seladang, Kampung Besut,, Permaisuri, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah96923618
Kod sekolahTBA6037[1]
FaksTIADA
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Besut memiliki 129 pelajar lelaki dan 94 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 223 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Besut adalah sebuah sekolah lama. Ia ditubuhkan pada tahun 1959. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampong di mana ia dibina iaitu Kampong Besut.

Pada Peringkat awal sekolah ini terdiri dari satu blok bangunan dua bilik darjah. Blok bangunan ini masih digunakan sehingga sekarang dan salah satu biliknya telah diubahsuai menjadi kelas Pra Sekolah.

Pada Tahun 1975, satu bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung pertambahan murid. Pada tahun 1980, satu bilik darjah separa batu telah ditambah.

Dalam tahun 1993, satu lot tanaman koko seluas 0.46 hektar telah diambil oleh kerajaan dan dijadikan padang sekolah.

Penghujung tahun 2002, satu bangunan tiga bilik darjah telah didirikan. Dalam tahun 2004, sebuah kantin dan sebuah makmal komputer bertiang siap dibina. Pembinaan seterusnya ialah sebuah makmal sains.

Pada awal Januari 2011, sekolah telah berpindah ke bangunan baru terdiri dari dua blok bangunan tiga tingkat.

Guru Besar sunting

Nama Guru Besar Tempoh Berkhidmat
  • MOHD ZAHID BIN MAHMOOD 02/1994 - 06/2001
  • IBRAHIM BIN MOHAMAD 06/2001 - 04/2002
  • MOHD ZAHID BIN MAHMOOD 04/2002 - 11/2003
  • YM SYED MARZUKI BIN ENGKU MUDA 11/2003 - 12/2004
  • SHAFIE BIN AWANG 01/2005 - 12/2010
  • CHE MUHAMMAD NOR BIN CHE YUSOFF 01/2011 - 12/2013
  • ADZIRAM BIN MOHD RADZI 01/2014 - sekarang

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampong Besut
Jalan Ulu Seladang, Kg Besut,
Permaisuri,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 96923618
Fax = TIADA

Rujukan sunting

Pautan luar sunting