Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Fikri Sungai Tong , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri
Lokasi
Kampung Fikri Sungai Tong ,, Permaisuri, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6098242796
Kod sekolahTBA6082[1]
Guru besarEn.Zainuddin bin Dollah
GPK Pentadbiran dan AkademikEN FAIZAL BIN DIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN MOHD SABRI BIN MOHD
Penolong Kanan KokurikulumPN ARINA BINTI SHAMSUDDIN
Faks6098248634
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong memiliki 58 pelajar lelaki dan 49 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 107 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 2 Januari 1983. Namanya diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu. Pada asalnya lokasi ini adalah sebuah bukit yang dinamakan Bukit Tupai. Cadangan awalnya adalah untuk dijadikan Sekolah Menengah. Pada awal pembukaannya,hanya ada 60 orang nurid,5 orang guru dan 4 staf sokongan.Setiap kali musim tengkujuh, sekolah ini terpaksa ditutup selama seminggu atau lebih kerana jalan masuk dinaiki air. Jalannya pula jalan tanah merah berbatu.

Awalnya,sekolah ini tidak mendapat bekalan air paip dan elektrik yang sempurna. Sekolah ini menggunakan generator pada siang hari dan mengepam air dari sumber semulajadi.Pam air dibekalkan oleh JPNT. Pada tahun 1987 hingga 1990 sekolah pernah menggunakan tenaga solar. Sejak dibuka hinggalah tahun 1990, pihak TDM menyediakan lori berbumbungkan kanvas sebagai pengangkutan anak-anak pekerja ladang. Sejak kewujudannya hinggalah kini,SKKF (ST) telahpun ditadbir oleh 7 orang guru besar.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong
Kampung Fikri Sungai Tong , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098242796
Fax = 6098248634


Rujukan sunting

Pautan luar sunting