Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka


Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Lampu , Kampong Raja , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka
Lokasi
Kampung Lampu ,, Kampong Raja, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6096918870
Kod sekolahTBA0007[1]
Guru besarPN. HAJAH SOBARIAH BT. OTHMAN
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. KHUZAIMAH BINTI MARZUKI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTN. HJ. FAUZI BIN NAWI
Penolong Kanan KokurikulumEN. HAMZAH BIN CHE HUSIN
Faks6096918870
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka memiliki 142 pelajar lelaki dan 158 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 300 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada 1 Mei 1937 Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka yang terletak di Kampung Lampu, sebuah perkampungan di pinggir Sungai Besut, Terengganu telah dibuka.

Pada awalnya sekolah ini dibina secara gotong-royong di atas sebidang tanah seluas 1 ekar sahaja yang disumbangkan oleh Allahyarhamah Mek Chik bt Awang. Selepas itu, kerajaan telah mengambil alih tanah yang keluasan kawasannya ialah 3.7 ekar. •Pada peringkat awal sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Kampung Lampu.

Oleh kerana ketiadaan anak tempatan sebagai tenaga pengajar, dengan usaha Penghulu Salleh, seorang guru dari Kuala Terengganu didatangkan khusus menjadi guru dan bertindak sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau ialah Allahyarham Wan Abdullah b.Abidin.

Setelah sistem pendidikan berubah, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Umum Kampung Nangka. Selepas itu ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka.

Di awal penubuhan, hanya sebuah bangunan beratap nipah, berdinding buluh dan berlantaikan tanah. Manakala meja dan kerusi disediakan oleh penduduk kampung. Dengan kata lain,berdirinya bangunan dan infrastruktur sekolah adalah di atas inisiatif penduduk kampung yang sedar betapa pentingnya pendidikan bagi anak-anak mereka.

Di awal tahun 60-an Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina bangunan kekal bersaiz 30 x 12 meter persegi. Awal tahun 80-an dibina bangunan 2 tingkat sehingga 1994. Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka mendapat satu bangunan 3 tingkat

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka
Kampung Lampu , Kampong Raja , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096918870
Fax = 6096918870


Rujukan sunting

Pautan luar sunting