Sekolah Kebangsaan Kopok

Sekolah Kebangsaan Kopok atau nama ringkasnya SK Kopok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Hijrah Utama, Kampung Kopok Baru..

Sekolah Kebangsaan Kopok
Lokasi
 Malaysia Jalan Hijrah Utama, Kampung Kopok Baru., 81700, Pasir Gudang,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072611700
Kod sekolahJBA1014
Faks6072611900


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kopok memiliki 830 pelajar lelaki dan 814 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1644 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Sejarah sunting

Kampung Kopok diasaskan oleh seorang Pahlawan termashyur dan terbilang Bugis yang bernama Daeng Kopok pada kurun ke 17.

Pada awal pembukaan kampung ini, terdapat banyak tupai terbang yang di panggil Wallang Kopok di dalam Bahasa Jawa. Sempena dengan kedua-dua nama tersebut, maka kampung ini di namakan Kampung Kopok. Ia juga adalah sempena memperingati kemasyhuran Kampung Kopok dan bukan sahaja nama kampung tetapi sekolah ini terletak di dalam Kampung Kopok.

Sekolah Kebangsaan Kopok dibuka pada tahun 1954. Sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk awal Kampung Kopok. Keluasan sekolah ini pada awalnya ialah 2.5 ekar ( 1 hektar ). Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Kopok. Guru yang pertama ialah Encik Abdul Rahman Bin Limat. Bilangan murid asal ialah 40 orang dan bilangan kelas ialah 4 buah bilik darjah.

            Pada tahun 1981, bilangan guru bertambah kepada 6 orang dan pada tahun 1988 bilangan murid bertambah kepada 100 orang serta bilangan guru juga bertambah kepada 8 orang. Pada tahun 1988 juga, bangunan sekolah bertambah kepada 3 buah (2 bangunan lama dan satu bangunan baru dua tingkat dibina secara pasang siap).

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kopok
Jalan Hijrah Utama, Kampung Kopok Baru.
81700, Pasir Gudang
Johor, Malaysia
Telefon = 6072611700
Fax = 6072611900

Pautan luar sunting