Sekolah Kebangsaan Labuk Subur


Sekolah Kebangsaan Labuk Subur atau nama ringkasnya SK Labuk Subur, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Beg Berkunci 02.

Sekolah Kebangsaan Labuk Subur
Lokasi
 Malaysia Beg Berkunci 02, 90400, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2030
FaksTIADA

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Labuk Subur memiliki 69 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 139 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah sunting

S.K. Labuk Subur dibina oleh Ladang Sabah, sebuah anak syarikat kerajaan semasa pemerintahan Kerajaan Berjaya. Operasi pengajaran dan pembelajaran bermula pada 4hb Januari 1985 dengan bilangan murid seramai 38 orang dan 3 orang tenaga pengajar. Sekolah ini dibina semata-mata untuk memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak pekerja dan kakitangan penting yang bekerja di Ladang Labuk.

Kewujudan nama sekolah ini diambil sempena dengan nama kawasan labuk yang subur menghijau dengan tanaman kelapa sawit. maka dengan itu, sekolah ini dinamakan S.K. Labuk Subur. Sekolah ini terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Sandakan dan boleh dihubungi melalui jalan raya.

Pihak pengurusan Ladang Sabah begitu sensitif dengan kebajikan guru-guru. Rumah guru dan kemudahan asas seperti air dan eletrik disediakan. Di samping itu, rawatan perubatan percuma diberikan kepada keluarga guru.

Dari semasa ke semasa, bilangan murid dan tenaga pengajar di sekolah ini bertambah. Murid-murid sekolah ini bukan sahaja berasal dari Ladang Labuk malah datang dari ladang yang berhampiran seperti Ladang Talisai, Syarikat Mengkabong dan kampung-kampung yang berdekatan. Oleh kerana sekolah ini dibina dalam kawasan ladang, maka 85% murid-muridnya adalah warganegara asing yang berasal dari Indonesia. Untuk menampung kepesatan pertambahan murid, atas inisiatif Guru Besar, En. Budun Hj. Muari, pada 7hb Disember 1992 sekolah ini telah mengadakan pembelajaran dua sidang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Labuk Subur
Beg Berkunci 02
90400, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting