Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin

Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin atau nama ringkasnya SK Liau Apin-Apin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 2356.

Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin
Lokasi
Peti Surat 2356, 89008, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Suluh Hidup
Nombor sekolah+6-087-332062
Kod sekolahXBA1027
PengetuaPuan Suanla Siarus
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rosni Bt Haji Mohd.Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Dayang Huraiyah Bt. Awang Sahari
Penolong Kanan KokurikulumEn.Ishak Hassim
Faks+6-087-332062
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin memiliki 88 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 186 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada awalnya, Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin hanyalah sebuah sekolah NVS (Native Voluntary School) atau Sekolah Sukarelawan Rakyat. Sekolah ini hanya menawarkan pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira bagi murid-murid dari kampung sekitarnya. Pada tahun 1958, pendidikan formal telah diperkenalkan dan sekolah ini menawarkan pembelajaran yang lebih teratur dan berkesan dengan penerapan subjek-subjek baru seperti ilmu alam, sivik dan kewarganegaraan, sains rendah dan beberapa lagi subjek lainnya. Pada penghujung tahun 1978, sekolah ini telah dibekalkan dengan dua blok baharu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan ini siap sepenuhnya dan dirasmikan pada bulan Mei 1980. Pada sekitar tahun 2006-2007, sekolah ini dirangkumkan didalam Projek Peluasan Prasekolah, dimana satu unit bangunan prasekolah didirikan untuk menampung pembelajaran murid prasekolah disekolah ini. Pada tahun 2008, makmal komputer telah dibina dan dilengkapkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah memainkan peranan yang aktif didalam kemenjadian murid-muridnya melalui penglibatan aktif bidang koakademik dan sukan. Antara pencapaian-pencapaian sekolah ialah :

  • Kejohanan Badminton MSSS 12TKB, Peringkat Kebangsaan 2011 (Adik Edrall Atek)
  • Kejohanan Bola Jaring MSSS 12TKB Peringkat Negeri Sabah 2013 (Adik Ruth Audrey Ekok)
  • Kejohanan Balapan dan Padang MSSS Peringkat Negeri Sabah 2014 (Adik Venster Victor)
  • Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 Peringkat Negeri Sabah 2013 (Adik Owen Wilfred)
  • Johan Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah 2010
  • Pertandingan Action Song Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sabah 2015 (Pasukan Sekolah Mewakili Bahagian Pendalaman)
  • Pertandingan Koir Peringkat Zon Apin-Apin 2009 (Naib Juara)
  • Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Keningau (2012 hingga 2015)
  • Pertandingan Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Negeri 2014 (Adik Habibullah B.Mohd Asrin)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin
Peti Surat 2356
89008, Keningau
Sabah,   Malaysia
Telefon = +6-087-332062
Fax = +6-087-332062

Pautan luar sunting