Sekolah Kebangsaan Lktp Bukit Bading

Sekolah Kebangsaan Lktp Bukit Bading merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Bukit Bading,Km 12, Jalan Jerangau , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Lktp Bukit Bading
Lokasi
Felda Bukit Bading,Km 12, Jalan Jerangau,, Ajil,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096872392
Kod sekolahTBA5041[1]
Guru besarTN HJ DAUD BIN HASSAN
GPK Pentadbiran dan AkademikPN HJH FEAH BT SAID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN KAMARIAH BT SALLEH
Penolong Kanan KokurikulumEN ABD RAHMAN BIN MAT ADAM
Faks6096872390
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lktp Bukit Bading memiliki 195 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 371 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah sunting

FELDA Bukit Bading mula dibuka dengan rasminya pada bulan Oktober 1967. Pada lima tahun penubuhannya, belum ada sekolah yang didirikan. Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah yang terletak di Kampung Pela kira-kira enam kilometer dari FELDA Bukit Bading. Pada tahun 1972, sebuah sekolah dua tingkat telah dibina untuk dijadikan sekolah. Tetapi sekolah ini hanya mampu menampung murid Tahun Satu, Dua dan Tiga manakala murid Tahun Empat, Lima dan Enam masih lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Peroh.

Pada 9 Januari 1974, sekolah diluluskan pendaftaran di bawah Akta Pelajaran 1961 dengan mempunyai empat bilik darjah dan sebuah bilik pejabat. Bilangan pelajar pada masa itu ialah 200 orang.

Pada 1 September 1974, sekolah ini telah mendapat taraf sekolah harian biasa. Pada 1976, sebuah lagi bangunan dua tingkat didirikan.

Pada tanggal 14 Febuari 1980, Yang Amat Berhormat Dato’ Musa Hitam selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu telah merasmikan pembukaan sekolah ini dengan nama Sekolah Kebangsaan LKTP (FELDA) Bukit Bading.[2]

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Lktp Bukit Bading
Felda Bukit Bading,Km 12, Jalan Jerangau , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096872392
Fax = 6096872390

Rujukan sunting

Pautan luar sunting