Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh

Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh atau nama ringkasnya SK Permatang Pauh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Permatang Pauh.

Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh
Lokasi
 Malaysia Permatang Pauh, 13500, Permatang Pauh,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6043905103
Kod sekolahPBA0013
Faks6043981593


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir memiliki 358 pelajar lelaki dan 372 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 730 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah sunting

Nama asal Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh ialah Sekolah Melayu Permatang Pauh. Mengikut penerangan orang-orang kampong dan buku peringatan lama, sekolah ini diasaskan pada tahun 1873. Bangunan asal sekolah ini pada awal pembukaannya hanyalah sebuah bangsal yang beratapkan nipah dan berdindingkan kayu pelupuh. Jumlah murid ketika itu hanyalah 39 orang sahaja dengan tenaga pengajar berjumlah 3 orang. Ketika itu hanya murid lelaki sahaja yang diterima belajar manakala murid perempuan pula diterima masuk pada tahun –tahun 1930- an.

Guru Besar pertama sekolah ini telah berkhidmat dari tahun 1873 hingga 1905. Butiran mengenai beliau gagal dikesan. Cuma yang diketahui ketika itu hanyalah guru pelawatnya (Visiting teacher) yang bertugas sebelum 1905 iaitu Encik Osman dan Encik Jaafar.

Mulai tahun 1905, barulah diketahui Guru Besarnya , iaitu Encik Mohd Yussuf bin Haji Mat Amin. Ketika itu Guru Besar lebih dikenali sebagai “Guru Tua” dan murid-murid serta guru-guru lebih mesra memanggilnya dengan panggilan yang dimulai dengan “Pak” seperti “Pak Yussuf” dan sebagainya. Oleh kerana tiada murid perempuan, maka tiadalah juga guru perempuan.

Rumah guru yang pertama telah didirikan oleh kerajaan pada tahun 1926 diberi nombor PWD 81

PROJEK PEMBESARAN SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PAUH

Bangunan asal sekolah ini didirikan pada tahun 1873 (PWD 80 ) dan selalu dibaiki dan diubahsuai. Akhirnya ia dirobohkan pada tahun 1974. Pada tahun 1926 pula pihak kerajaan telah mendirikan rumah guru diberi nombor PWD 81. Pada tahun 1930, didirikan rumah guru PDW 82. Bagaimanapun, kedua-dua bangunan rumah guru dan sekolah tambahan itu dirobohkan pada tahun 1986 umtuk tujuan penyusunan semula dan pembesaran sekolah.

Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat, 2 buah bangunan lagi didirikan pada tahun 1960 yang diberi nombor PWD 489 dan PWD 490. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 12 Oktober 1961. Kini blok tersebut menampung murid Tahun 1. Pada tahun 1973, didirikan pula sebuah bangunan 2 tingkat diberi nombor JKR 1221.

Sebagai usaha untuk memberi peluang pendidikan yang lebih sempurna dan menampung permintaan daripada masyarakat sekitarnya, sebuah lagi blok 4 tingkat didirikan dan ditakrifkan sebagai blok D. Ia siap dibina dan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Anwar Bin Datuk Haji Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia pada hari Sabtu 29 September 1990 bersamaan 10 Rabiulawal 1411. Bangunan ini yang didaftarkan sebagai JKR 1883. Tapak bangunan yang dirobohkan telah dijadikan padang permainan untuk permainan untuk membolehkan pelajar menjalankan aktiviti jasmani dan ko-kurikulum. Keseluruhan keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang dua ekar. Dalam era tahun 1990-an sebuah pondok bacaan telah didirikan bagi kemudahan murid-murid membaca buku diwaktu terluang. Pejabat Daerah Bukit Mertajam telah membina pagar tembok batu di sekeliling kawasan sekolah demi keselamatan murid-murid sekolah ini.

Tahun 2000, zaman Teknologi Maklumat (IT) Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, telah menerima 20 buah Komputer daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Komputer-komputer ini diletakkan dalam bilik darjah bersebelahan Pusat Sumber Sekolah ,yang terletak di bangunan blok B. Sebanyak 20 buah lagi telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila sebuah bangunan empat tingkat siap terbina dan mula mendudukinya bulan Jun 2003 yang terletak ditingkat 3 blok A. Murid-murid tahap satu menjalankan Pembelajaran IT di blok B manakala murid-murid tahap 2,menggunakan komputer di blok A. Tahun 1992 satu bilik di blok C telah diubahsuai untuk dijadikan kelas Prasekolah.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh
13500,Permatang Pauh
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043905103
Fax = 6043981593

Pautan luar sunting