Sekolah Kebangsaan Pulapah

Sekolah Kebangsaan Pulapah atau nama ringkasnya SK Pulapah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pusat Latihan Polis, Ayer Hitam, (Pulapol).

Sekolah Kebangsaan Pulapah
Lokasi
 Malaysia Pusat Latihan Polis, Ayer Hitam, (Pulapol), 72120, Bandar Seri Jempol,,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064683210
Kod sekolahNBA6021
Faks6064683404
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulapah memiliki 93 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 165 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pulapah telah ditubuhkan pada 25 Disember 1985, atas cadangan YAS Tuan Andy Murugesu, Komandan PULAPAH pada waktu itu. Pada awalnya, ia wujud secara menumpang di bangunan sekolah undang-undang PDRM PULAPAH, tetapi Sekolah Kebangsaan Pulapah tetap memberi pendidikan awal kepada anak-anak anggota PDRM yang bertugas di PULAPAH. Bersekolah pada sesi petang, bilangan murid perintis pada awal penubuhannya ialah seramai 170 orang dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 10 orang.

Sekolah Kebangsaan Pulapah mendapat bangunannya sendiri yang terletak kira-kira 1.5 km dari kawasan penempatan penduduk PULAPAH pada Disember 1989. Sekolah ini terdiri dari 2 blok bangunan 2 tingkat yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, pejabat, bilik guru, pusat sumber, stor dan tandas. Sebuah padang dan kantin juga turut disediakan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pulapah
Pusat Latihan Polis, Ayer Hitam, (Pulapol)
72120, Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064683210
Fax = 6064683404

Pautan luar sunting