Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1)


Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) adalah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Presint 8, Putrajaya. Sebuah lagi sekolah kebangsaan di Presint 8 adalah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2). Sekolah menengahnya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1).

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1)
Lokasi
Putrajaya, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan
Nombor sekolah+603-8888 0120
Kod sekolahWBA2002
Faks+603-8888 0119

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1, Presint 8, wujud sejak tahun 2000 lagi tetapi sekolah mula beroperasi pada bulan Januari 2001 di bawah kepimpinan Puan Karimah binti Hasbullah merupakan Guru Besar yang pertama.

Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 mula dibina pada tahun 1998. Ia berada dalam Kompleks Sekolah Bestari Presint 8 Putrajaya bersama dengan SMK Putrajaya 1. Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 dipilih sebagai salah sebuah sekolah Projek Rintis Sekolah Bestari pada tahun 2001 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini merupakan satu cabaran besar kepada pihak pengurusan dan guru-guru yang sesetengahnya masih belum menguasai teknologi maklumat secara menyeluruh, tetapi berpegang kepada pepatah, di mana ada usaha di situ ada kejayaan, seluruh warga sekolah telah berusaha ke arah merealisasikan pelaksanaan Sekolah Bestari sebagai Showcase negara.

Bermula dengan beberapa orang guru yang didedahkan kepada sistem Sekolah Bestari dan seterusnya melantik Guru Sumber di sekolah, pihak sekolah telah merancang satu pelan jangka pendek untuk memberi kesedaran, pengetahuan dan kemiran sistem Sekolah Bestari kepada semua guru. Boleh dikatakan semua guru telah didedahkan atau sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran dengan keperluan untuk merealisasikan Sekolah Bestari Malaysia.

Pada tahun 2003, hampir semua warga sekolah yang terdiri daripada guru, murid dan kakitangan sokongan telah didedahkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan harian mereka. Akhirnya fenomena ini menggambarkan bahawa secara tidak langsung Sekolah Bestari memberi ruang kepada peningkatan pengetahuan teknologi maklumat kepada masyarakat umum dan sejurus pelaksanaan Sekolah Bestari keseluruhannya dapat direalisasikan oleh warga sekolah.

Mata pelajaran J-Qaf telah bermula pada tahun 2006 pada murid-murid tahun satu dan dibekalkan dengan tiga orang guru yang masih dalam latihan di bawah seliaan IPI Bangi dan IP Cheras.

Prasekolah mula beroperasi pada tahun 2007. Dibekalkan dengan dua orang guru prasekolah tanpa pembantu murid. Pada masa itu bilangan murid hanya 34 orang.

PAda tahun 2007 sekolah ini dianugerahkan Ranking 5 Star dalam pengurusan sekolah Bestari oleh MDec melalui Smart School Qualification Standard(SSQS).

Pada tahun yang sama, apabila tertubuhnya Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada bulan November, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1).

Kelas Bahasa Mandarin mula dilaksanakan pada tahun 2008 bulan Februari dengan seorang guru opsyen bahasa tersebut diadakan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

SK Putrajaya Presint 8 (1)
No 4, Jalan P8, Presint 8
62250 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Telefon : +603-8888 0120
Faks : +603-8888 0119
Email : gb.skpp81@gmail.com

Pautan luar sunting