Sekolah Kebangsaan Sayed Othman

Sekolah Kebangsaan Sayed Othman atau nama ringkasnya SK Sayed Othman, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Sekolah Kebangsaan Sayed Othman
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6085410689
Kod sekolahYBE4104
Faks6085410689


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sayed Othman memiliki 162 pelajar lelaki dan 175 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 337 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sayed Othman telah dibina pada tahun 1961 dan telah siap pada awal tahun 1962. Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Rendah Kerajaan Sayed Othman, adalah sempena memperingati jasa bakti seorang pemimpin Melayu tempatan iaitu Sayed Othman bin Sayed Zain.

Beliau merupakan seorang peniaga dan juga seorang guru agama yang giat mengembangkan ajaran agama Islam pada sekitar tahun 1920an. Apabila imam masjid Miri iaitu Encik Awang Tabib telah uzur, maka Sayed Othman dilantik selaku pengganti imam masjid Miri.

Dalam tahun 1920, Sayed Othman telah mendirikan masjid kedua di Miri yang lebih besar daripada masjid Miri yang pertama. Di masjid kedua inilah beliau meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam kepada penduduk Miri dan sekitarnya. Sayed Othman meninggal dunia di Sibu pada tahun 1935.

Pada bulan Februari 1962,  bangunan sekolah ini telah mula digunakan dan sebanyak 6 buah kelas telah dibuka iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6. Murid-murid bagi pengambilan pertama sekolah ini ialah murid-murid yang dipindahkan dari Sekolah Rendah Anchi.

Tenaga pengajar pada permulaannya ialah seramai 7 orang termasuk Guru Besar. Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Encik Wan Morshidi bin Tuanku Abdul Rahman, cucu kepada Encik Sayed Othman.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran berbangsa Inggeris, Encik Bernard Walter Knight, selaku Pegawai Pelajaran Bahagian ke 4 ketika itu. Sejak sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1962, jumlah tenaga pengajar dan enrolmen pelajar meningkat.

Kini ( 2009 ) setelah 46 tahun berlalu, sekolah ini mempunyai seramai 26 orang guru, seorang pembantu tadbir, 2 orang jururawat pergigian, 2 orang pembantu pengurusan murid pra-sekolah, seorang pegawai am rendah, seorang juruteknik komputer, 2 orang pekerja am, dan seorang pengawal keselamatan.

Dari segi kemudahan dan infra-struktur, bangunan sekolah ini masih lama dan telah dibaikpulih dari masa ke semasa.

Sehingga kini, SK Sayed Othman telah dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, 12 kelas akademik , klinik pergigian, tandas, bilik RMT, stor pinjaman buku teks, kelas pemulihan akademik, makmal komputer, pusat sumber, makmal akses internet, stor am dan taman permainan. Jumlah pelajar adalah lebih kurang 300 orang

dan ia merupakan sekolah Nombor 1 tertua di miri.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sayed Othman
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085410689
Fax = 6085410689

Pautan luar sunting