Sekolah Kebangsaan Tiram Duku

Sekolah Kebangsaan Tiram Duku atau nama ringkasnya SK Tiram Duku, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK .Tiram Duku, Kampung Tiram Duku.

Sekolah Kebangsaan Tiram Duku
Lokasi
 Malaysia SK .Tiram Duku, Kampung Tiram Duku, 81560, Gelang Patah,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP
Nombor sekolah607-507 1075
Kod sekolahJBA1045[1]
Pengerusi PIBGDatin Hjh Norhayati binti Yusof
Guru besarMohamad Rashid bin Paboh
Tenaga pengajar18 Orang
LaguSekolah Kebangsaan Tiram Duku Gelang Patah,

Yang kami cinta, Banyak berjasa untuk bangsa, Marilah kita bekerjasama memajukannya, Taat perintah, tekun belajar tugas kita, Ingatlah rakan semua, Membelakan Nusa Bangsa, Tujukan matlamat,

Cita-cita anak bangsa
GPK Pentadbiran dan AkademikRozita binti Mohd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZanariah binti Mohd Ghani
Penolong Kanan KokurikulumMohd Rithauddin bin Alias
Faks607-507 1075


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tiram Duku memiliki 103 pelajar lelaki dan 103 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 206 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah sunting

Menurut Haji Awang Bin Safar (Allahyarhham) sebagaimana temubual beliau dengan Haji ’Abas Bin Hussin (sekarang pesara), kedudukan Sekolah Kebangsaan Tiram Duku (SKTD) yang ada sekarang adalah sebagaimana kedudukan asalnya ketika diasaskan oleh Penghulu Mohamad Ali pada tahun 1916.

Sekolah Kebangsaan Tiram Duku dibina di atas tanah milik Uda Lenga Abdul Manaf. Di hadapan bangunan sekolah terdapat sebatang sungai yang menjadi jalan perhubungan utama pada masa itu. Dengan adanya sungai itulah bahan-bahan pembinaan diangkut. Sebelum itu, anak-anak Kampung Tiram Duku bersekolah di Sekolah Umum Tanjung Adang. Kedudukan Kampung Tanjung Adang yang berhampiran laut menunjukkan bahawa kampung tersebut lebih dahulu dibuka berbanding dengan Kampung Tiram Duku. Begitu juga halnya dengan bangunan sekolah.

Jalan raya yang berturap mula dibina menghubungi kampung-kampung di dalam Mukim Tanjung Kupang dengan Gelang Patah pada pertengahan tahun 1960-an. Melalui perhubungan jalan raya, SKTD hanya berada 12 km dari Gelang Patah. Kedudukan sungai di hadapan SKTD kini dipisahkan oleh jalan raya tersebut.


Sebelum terbina sekolah di Kampung Tiram Duku, anak-anak Kampung Tiram Duku bersekolah di Sekolah Umum Tanjung Adang. Sekolah ini terletak kira-kria 4 batu jauhnya dari Kampung Tiram Duku. Kedudukan Kampung Tanjung Adang dan sekolahnya berhampiran laut. Ini menunjukkan bahawa kampung tersebut lebih dahulu dibuka berbanding dengan Kampung Tiram Duku. Begitu juga halnya dengan bangunan sekolah.

Perjalanan yang jauh dengan melalui hutan dan belukar menyebabkan hanya sebahagian kecil yang menuntut di sekolah itu. Menyedari kesukaran anak-anak kampung ini untuk ke sekolah berkenaan, maka Penghulu Mohammad Ali, Penghulu Kampung Tiram Duku pada masa itu, telah berusaha membina sebuah bangunan yang akan menjadi tempat anak-anak kampung ini menuntut ilmu. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah kepunyaan Uda Lenga Abdul Manaf, yang terletak berhampiran dengan sebatang sungai. Penghulu Mohammad Ali telah mendapat kebenaran membina sekolah dan seorang guru dengan pertolongan dari dua orang Pegawai Kerajaan iaitu Yang Mulia Ungku Yim dan Yang Mulia Ungku Mohamad.

Cikgu Bidin Bin Haji Abdullah merupakan guru yang pertama berkhidmat di sekolah ini. Mengikut Buku Catatan Harian beliau, persekolahan bermula pada 6 Disember 1916. Walau bagaimanapun adalah dipercayai bangunan untuk sekolah tersebut belum siap sepenuhnya pada tarikh tersebut kerana Cikgu Bidin telah mencatatkan pengajaran dan pembelajaran diadakan di rumah Penghulu Mohamad Ali.

Ada kemungkinan sekolah tersebut dimulakan pembinaannya pada 6 Disember 1916 dan siap pada 3 Februari 1917 kerana Cikgu Bidin tidak mencatatkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah Penghulu Mohamad Ali bermula 4 Februari 1917.

Bangunan sekolah yang pertama ini lebih menyerupai sebuah rumah yang dibina daripada kayu-kayu bulat nyirih, tenga dan tiup-tiup dan beratapkan nipah. Bahan-bahan ini diangkut dengan sampan melalui sungai yang terletak di hadapan sekolah dengan diketuai oleh Sulaiman bin Mohammad Amin. Antara tukang-tukang yang terlibat dengan pembinaan sekolah ialah Pak Amba Husin dan Pak Amba Hasan (saudara kembar).

Pada tahun 1921 Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju membina sebuah bangunan menggantikan bangunan sekolah yang lama. Kontraktor Cina telah diupah untuk membina sekolah ini yang dibina berukuran 80 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Bahan-bahan binaan dibawa melaui laut menyelusuri sungai yang terletak di hadapan sekolah. Bangunan ini kemudiannya ditambah menjadi 110 kaki panjang akibat pertambahan murid.[2]

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tiram Duku
Kampung Tiram Duku,
81560 Gelang Patah
Johor, Malaysia
Telefon = 6075071075
Fax = 6075071075

Rujukan sunting

Pautan luar sunting