Sekolah Latihan (England)

Sekolah Latihan di England ialah gelaran rasmi yang dianugerahkan oleh Jabatan Kanak-kanak, Sekolah dan Keluarga kepada sekolah yang membekalkan kemudahan yang unggul untuk latihan dalam perkhidmatan dan latihan pengalaman kerja kepada guru. Terdapat sekitar 230 sekolah latihan di England.[1]

Sharnbrook Upper School and Community College ialah salah satu Sekolah Latihan yang terletak di Sharnbrook, sebuah desa berhampiran Bedford di kaunti Bedfordshire, England.

Sekolah latihan diperikan seperti yang berikut: "Sebagai pusat kecemerlangan untuk latihan, Sekolah Latihan bertindak sebagai pakar dalam pembelajaran dewasa dan pemindahan kemahiran, serta juga membekalkan tempat untuk pembangunan profesional yang bermutu tinggi".[2]

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.