Sekolah Menengah Agama Ittifakiah


Sekolah Menengah Agama Ittifakiah atau nama ringkasnya SMA Ittifakiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln Hj Wan Abdul Latif , Jerteh , Malaysia.

Sekolah Menengah Agama Ittifakiah
Lokasi
 Malaysia Jln Hj Wan Abdul Latif , Jerteh , Malaysia, Jerteh, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096972244
Kod sekolahTFT0002[1]
Faks6096902400

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Ittifakiah memiliki 290 pelajar lelaki dan 346 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 636 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada tahun 1936, Tuan Guru Haji Wan Abd Latif telah membawa keluarganya berpindah ke Kampung Mak Sara, Jerteh, Beliau menetap di atas tanah yang dibelinya seluas 7 ekar. Kedatangan beliau ke Jerteh telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Hasil gotong-royong masyarakat sekitar, maka terserlah sebuah surau berhampiran dengan rumahnya. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat membuatkan beliau bercadang untuk memulakan pengajaran sistem pondok. Justeru, orang ramai telah sepakat bergotong-royong membina sebuah tempat untuk belajar dan beberapa buah pondok kediaman para pelajar. Pada tahun 1937, terbinalah Madrasah Diniyah Ittifaqiah dengan bilangan pelajar yang terus bertambah dari semasa ke semasa. Sekitar tahun 1941, pelajar Madrasan Diniyah Ittifaqiah dianggarkan berjumlah 400 orang dengan bilangan pondoknya sebanyak 200 buah. Pada tahun 1948, dengan bantuan derma orang ramai, beliau telah berjaya menubuhkan pusat pengajian yang berasingan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Pusat pengajian bagi pelajar perempuan telah dinamakan ‘Madrasah Rokiattulbanat’. Bangunan tiga tingkat asrama putera yang tersergam indah pada hari ini merupakan tapak asal pusat pengajian dulu.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Ittifakiah
Jln Hj Wan Abdul Latif , Jerteh , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096972244
Fax = 6096902400

Rujukan sunting

Pautan luar sunting