Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang

Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang atau nama ringkasnya SMK (L) Bukit Bintang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Utara.

Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang
Logo Bukit Bintang Boys School
Logo Bukit Bintang Boys School
Lokasi
 Malaysia Jalan Utara, PETALING JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Kerajaan (bukan berasrama penuh) sekolah menengah lelaki
MotoNisi Disimus Frustra
'Without God All Is Vanity'
Ditubuhkan1958
Nombor sekolah379565819
Kod sekolahBEB8652[1]
PengetuaSir Alastair L. McGregor
Pengasas = Mary Glasgow & David Angus
Faks379600625
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang memiliki 1006 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1016 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009


Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang atau Bukit Bintang Boys School terletak di seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Sekolah ini dikenali sebagai BBBS.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah kebangsaan (laki-laki) Bukit Bintang ialah sebuah sekolah Bantuan Modal yang ditubuhkan di bawah naungan Christian Brethren Church.

Ia bermula dengan idea dari pengetua Bukit Bintang Girl's School, iaitu, Mary Glasgow, untuk membangunkan sebuah bangunan untuk sekolah perempuan tersebut. Visi Mary Glasgow untuk menubuhkan satu sekolah lelaki, telah menginspirasikannya dan David Angus, yang merupakan Ketua yang pertama untuk Sidang Gobenor.

Diantara sekitar tahun 1957-1958, bandar Petaling Jaya telah dipilih untuk menubuhkan bangunan bagi sekolah lelaki ini. Mary Glasgow yang telah memilih kawasan berbukit ini untuk dibangunkan sebuah sekolah. Ia telah diberi jolokan sebagai adik lelaki Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sekolah ini dirasmikan pada 7 Februari 1962 oleh YB. Encik Abdul Rahman bin Haji Talib (Menteri pelajaran pada masa itu).Encik Alastair L.McGregor dari scotland telah dilantik sebagai pengetua pertama dari 1958-1965

Lagu sekolah sunting

BBBS Jaya,
Kami ikrar setia,
Segala tenaga,
Kami curah untukmu,
Sinarlah cahayamu,
Terang cemerlang
Biarlah lagu ini kekal abadi

Kami tuntut bahagia,
Serta kebenaran
Membantu yang lemah,
Kami akan usaha
Dengan bijaksana,
Itulah cogan,
Tanpa restu Tuhan semua akan gagal

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang
Jalan Utara
Selangor, Malaysia
Telefon = 379565819
Fax = 379600625

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Facebook Rasmi SMKLBB [1]
  • Instagram Rasmi SMKLBB [2]