Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian


Koordinat: 4°58′05″N 100°40′05″E / 4.968068°N 100.668077°E / 4.968068; 100.668077 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab atau nama ringkasnya KeRiS TMUA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang terletak di Jalan Kampung Selamat, Simpang Empat, Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini terletak sebidang tanah berkeluasan 42 ekar dan bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab
Lokasi
 Malaysia Jalan Kampung Selamat, 34400, Simpang Empat,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan
MotoIstiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Kerian
Nombor sekolah6058904997
Kod sekolahARA3001
PengetuaEncik Abdul Halim bin Mohd Naam
LaguIstiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang

Itulah wawasan kita

Mendidik putera puteri terbilang

Menuju puncak jaya

Al-quran ass sunnah jadi panduan

Ilmu jadi sandaran

Kesungguhan teras kecapaian

Hadapi segala cabaran

Kami putera puteri

Berikrar dan berjanji

Mencapai puncak tertinggi

SMKA Kerian sejati


(ulang rangkap pertama)
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Zaidee bin Chee Din
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Mazni binti Hamidan
Penolong Kanan KokurikulumEncik Abu Samah bin Sabran
Faks6058905490
Laman sesawang

Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian memiliki 321 pelajar lelaki dan 422 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 743 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.

Sejarah sunting

Sekolah ini terletak di dalam kawasan DUN Semanggol dan kawasan Parlimen Bagan Serai. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 April 1999 dengan permulaan 6 kelas tingkatan 1 dan 4 kelas tingkatan 4 Sastera Ikhtisas. Pada awal penubuhan, hanya 24 guru dengan bilangan pelajar seramai 330 orang dengan 110 pelajar tingkatan 4 dan 220 orang pelajar tingkatan 1. Sekolah ini ber gred A dan mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Kesemua pelajarnya juga tinggal di asrama yang telah disediakan.

Kini usia sekolah ini telah masuk tahun ke-19 penubuhannya dan telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Purata setiap tahun sebanyak 80% pelajar lepasan SPM berjaya mendapat tempat ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan bakinya mendapat tempat di IPTA dan sebilangan kecilnya ke tingkatan 6. Pencapaian PMR sekolah ini telah mempamerkan arus menaik dengan jumlah yang berjaya memperolehi 9A dan 8A telah meningkat setiap tahun. Prestasi SPM yang lulus 100% dan masih dalam kedudukan 10 teratas di negeri Perak.

Pelbagai kemudahan dan naik taraf bangunan telah berlaku sejak dibuka sehingga kini sama ada di kawasan sekolah mahupun di asrama. Dari tahun 1999 lagi sekolah ini terus membangun dengan pesatnya sehingga kini. Terdapat beberapa penambahan bangunan dan prasarana yang telah didirikan di sekolah ini. Terdapat 25 buah kelas pada tahun 2017. Sekolah ini juga memiliki sebuah dewan besar yang telah didirikan pada tahun 1999. Pelbagai acara atau majlis sekolah telah diadakan di dewan tersebut. Pada tahun 2015, sekolah ini telah memulakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sehingga kini.

Landskap sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab memiliki empat buah blok utama iaitu Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D dan di setiap blok terdapat beberapa buah kelas dan kemudahan lain dan bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajarnya.

Blok A merupakan bangunan utama bagi sekolah ini, menempatkan pejabat, bilik perkembangan staf, bilik gerakan, beberapa buah kelas iaitu kelas tingkatan 4, tingkatan 6 tingkatan 2 dan tingkatan 3, bilik rawatan, bilik pensyarah Tingkatan 6 dan lain-lain lagi. Blok ini memiliki 4 paras kesemuanya. Blok B pula menempatkan kelas tingkatan 5, tingkatan 3 dan tingkatan 1. Di blok ini juga terdapat stor sukan, bilik guru, bilik kaunseling, pusat sumber sekolah dan lain-lain lagi. Sama seperti Blok A, blok ini juga memiliki 4 paras.

Seterusnya, Blok C pula, terdapat pelbagai makmal antaranya makmal kimia, makmal biologi, fizik, makmal bahasa dan bilik seni visual. Terdapat juga sebuah bilik persediaan guru yang menempatkan beberapa alat bantu mengajar buat guru-guru. Di blok ini juga terdapat sebuah bilik pengawas dan juga bilik peka.

Blok terakhir adalah Blok D, blok ini memfokuskan kemudahan pelajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, terdapat dua bahagian, bahagian pertama menempatkan bilik kejuruteraan, bengkel paip, dan bengkel elektronik. Di bahagian kedua pula menempatkan bilik masakan, bilik pengurusan diri dan bengkel jahitan. Di sebelah kanan Blok B dan C, terdapat sebuah makmal komputer dan sebuah bengkel pertanian.

Sekolah ini juga memiliki sebuah Dewan Besar, 2 bangunan asrama aspura dan 3 bangunan aspuri, sebuah dewan makan dan sebuah surau. Prasarana ini memudahkan pelajar kerana mereka kesemuanya tinggal di asrama. Selain itu terdapat beberapa kawasan untuk pelajar beriadah seperti padang yang dilengkapi dengan astaka, gelanggang futsal, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang dan lain-lain lagi.

Moto, Visi dan Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab sunting

MOTO

Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Kemasukan pelajar sunting

Proses kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab adalah sesuatu yang unik. Calon-calon UPSR dengan khususnya dari seluruh negeri Perak yang berminat untuk memasuki sekolah ini dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diisi secara dalam talian setelah keputusan UPSR diumumkan. Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis di pusat yang ditetapkan di seluruh negeri Perak.

Calon-calon yang lulus dalam ujian bertulis akan ditapis lagi dengan ujian lisan dan hafazan Al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab. Hanya calon-calon yang lulus ujian ini dengan aras tertentu akan dipertimbangkan untuk ditawarkan tempat ke sekolah ini.

Bagi kemasukan ke tingkatan empat, pemohon mestilah berasal dari sekolah menegah agama atau kelas-kelas khas agama di sekolah menengah kebangsaan biasa dan mempunyai kelulusan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) termasuk Bahasa Arab .

Bagi kemasukan ke tingkatan enam, pemohon mestilah berasal dari sekolah menegah agama atau kelas-kelas khas agama di sekolah menengah kebangsaan biasa dan mempunyai kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.

Syarat am pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab adalah seseorang pelajar yang memohon mestilah beragama Islam, bumiputera, lelaki dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

Pencapaian sunting

Dalam bidang akademik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tahun demi tahun. Peningkatan ini diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah atau GPS.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab juga berjaya menubuhkan kumpulan nasyid Nurrahman. Kumpulan ini telah berjaya menempatkan diri ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM pada tahun 2013 dan 2014 & Pertandingan Karnival Nasyid Sekolah Kluster Kebangsaan pada tahun 2018.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian ("Tahfiz Model Ulul Albab")
Jalan Kampung Selamat
34400 Simpang Empat,Semanggol
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058904997
Fax = 6058905490

Pautan luar sunting