Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu (Jawi: مدرسة سيبو الثانوية الدينية الوطنية) atau nama ringkasnya SMK Agama Sibu atau SMKA Sibu, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Peti Surat 1127, Jalan Airport Lama, Sibu, Sarawak, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu
مدرسة سيبو الثانوية الدينية الوطنية
Lokasi
Peti Surat 1127, Jalan Airport Lama,, 96008, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERTAKWA, BERBAKTI
المعرفة ، والخوف ، والتكتيكات
Nombor sekolah6084312512
Kod sekolahYRA3101
Faks6084313048
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu memiliki 188 pelajar lelaki dan 319 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 507 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu telah ditubuhkan pada tahun 1985 dengan pengambilan 114 orang pelajar putera-puteri. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu adalah sekolah agama ketiga di Sarawak pada ketika itu. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu mula beroperasi serentak dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Gedong (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri iaitu pada 2 Januari 1985. Sungguhpun begitu ia merupakan SMKA yang ketiga dari segi idea penubuhannya dalam perkembangan pendidikan di negeri Sarawak sebelum penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan pada tahun 1998.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu ini telah mengambil alih tapak dan bangunan Maktab Perguruan Sarawak yang telah diasaskan pada tahun 1957 yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sibu yang lama iaitu sebelum Maktab Perguruan Sarawak (kini dikenali sebagai Institut Perguruan Sarawak) berpindah ke tapak barunya di Miri. Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Disa, Teku, Sibu pada tahun 1957 kesan daripada Laporan Woodhead yang telah mengkaji sistem pelajaran di negeri Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1982, Maktab Perguruan Sarawak telah berpindah dari Jalan Disa, Teku, Sibu ke Jalan Bakam, Miri, Sarawak iaitu pada kedudukan 11 kilometer dari Bandar Miri. Tapak Maktab Perguruan Sarawak menjadi kosong setelah perpindahan tersebut.

Tapak tersebut diambil alih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka Sibu yang telah ditubuhkan pada 1 Jan 1982. Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka Sibu telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu tersebut. Pada tahun 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu ditubuhkan dan pada peringkat awal penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu berkongsi premis dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka Sibu.

Pada tahun 1986 seluruh kampus telah diambilalih sepenuhnya oleh SMK Agama Sibu setelah SMK Kampung Nangka Sibu berpindah ke tapak sekolahnya yang baru. Pada tahun tersebut sebuah dewan makan dan sebuah blok tingkatan dua tingkat telah siap dibina. Jumlah kelas telah bertambah menjadi sebanyak empat buah kelas tingkatan satu dan empat buah kelas tingkatan dua. Pada tahun seterusnya banyak kerja pembaikpulihan dilakukan bagi menampung pertambahan pelajar dan kakitangan. Sebuah asrama konkrit dua tingkat dan dua tandas baru telah dibina pada tahun 1990.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu
Peti Surat 1127, Jalan Airport Lama,
96008, Sibu
Sarawak,   Malaysia
Telefon = 6084312512
Fax = 6084313048

Pautan luar sunting