Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A)

Koordinat: 3°03′50″N 101°37′23″E / 3.063752°N 101.622968°E / 3.063752; 101.622968


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A) atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Bandar Puchong Jaya (A) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Sekolah ini terletak di Jalan Pipit dalam kawasan perbandaran Bandar Puchong Jaya dalam Daerah Petaling.[1][2][3] SMK Bandar Puchong Jaya (A) merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana.[2][3]

SMK Bandar Puchong Jaya (A)
Lokasi
Jalan Pipit, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Daerah Petaling, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan
Moto"Kasih Ilmu Mulia"
Ditubuhkan2003
Nombor sekolah0380754728
Kod sekolahBEA8656
PengetuaNoor Hasni binti Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikSharifah Loklok binti Syed Mohamad
Penolong Kanan KokurikulumLok Bee Gaik
Faks0380757513
Laman sesawang

Kod sekolah bagi SMK Bandar Puchong Jaya (A) ialah BEA8656. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Julai 2021, SMK Bandar Puchong Jaya (A) memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 995 orang.[2] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 63 orang guru yang bertugas di SMK Bandar Puchong Jaya (A) pada bulan Julai 2021.[2]

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A) mula dibina pada tahun 1999 dan siap akhir tahun 2002. Kontraktor bertugas ialah Syarikat Urus Budi Sdn. Bhd. Pada 9 Jun 2003 merupakan tarikh rasmi sekolah beroperasi. Kelas bermula dengan satu kelas tingkatan 1 dan dua kelas tingkatan 2. Jumlah murid pada masa ini hanyalah 82 orang. Lokasi sekolah yang agak tersembunyi menyebabkan sekolah ini tidak mendapat sambutan pada awal pembukaannya.

Pada tahun 2004, peperiksaan PMR yang pertama telah dijalankan dalam sekolah ini. Pada tahun 2006, keputusan SPM mencapai tahap peratusan yang membanggakan iaitu 90.6%. Kecemerlangan calon SPM SMK BPJ (A) menempatkan sekolah di tangga ke-4 dalam negeri Selangor.

Pada tahun 2007, majoriti murid tingkatan 3 SMK BPJ (A) telah mendapat keputusan 'Straight As' dalam peperiksaan awam PMR. Pada tahun 2008, murid cemerlang PMR 2008 dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Negeri Selangor 2008. Enrolmen pelajar mencecah 1000 orang murid pada tahun ini. 2008

Pada tahun 2009, pencapaian Kokurikulum telah meluas ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Persaraan puan Zaniah binti Hashim, Pengetua SMK BPJ (A). Pada tahun 2010, nama sekolah dipapar di akhbar The Star, Berita Harian dan The News Straights Times kerana telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.Pada masa itu, kebanyakan murid SMK BPJ (A) terdiri daripada murid Cina iaitu hampir 90%.2010

Pada tahun 2011, SMK BPJ (A) dilengkapi infrastruktur sistem litar kamera tertutup (CCTV) hasil kutipan Senamrobikthon 2010 untuk menjamin keselamatan para murid dan guru. Pada tahun 2012, kebanyakan murid telah mendapat A+ dalam semua mata pelajaran SPM 2011.

Pada tahun 2014, penukaran peperiksaan yang baharu iaitu daripada PMR kepada PT3 bagi semua murid tingkatan 3 tidak membawa pengaruh yang besar dan tidak menjadikan satu masalah bagi murid SMK BPJ (A) untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2015, Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan semua warga sekolah di mana semua guru dan murid-murid berpakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia ke sekolah dan menjamu selera dengan jamuan terbuka.2015

Pada tahun 2016, Penukaran nama kelas yang baharu daripada UM, UKM, UPM, USM, UTM dan UUM kepada APPLE, BENQ, COMPAQ, DELL, EPSON, FALCON dan satu kelas baharu ditambah iaitu GALAXY. Bagi setiap tingkatan, kelas Apple dijadikan sebagai kelas Abad ke-21 dan merupakan kelas bestari. Murid yang berada di kelas ini dianggap sebagai "Harapan Sekolah" . Sehubungan dengan ini, para murid akan belajar bersungguh-sungguh dan aktif dalam bidang kokurikulum untuk bersaing dengan murid lain supaya berpeluang untuk masuk ke kalas Apple.2016

Pada tahun 2017, pencapaian penggunaan VLE-FROG Tempat Pertama selama 5 bulan berturut-turut dari Mei hingga September 2017 peringkat Sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana.2017

Pada tahun 2018, bilik bahasa, bilik matematik, bilik VLE FROG dan kantin sekolah telah ditambahbaik untuk meningkatkan taraf infrastruktur sekolah dan juga menjamin kebajikan murid. Program Taman Angkat diamalkan bagi setiap persatuan dan kelab SMK BPJ (A) untuk melahirkan sebuah sekolah yang lestari. Pertukaran Penolong Kanan Pentadbiran SMK BPJ (A) iaitu Puan Sharipah Noor Binti Abas bertukar kepada Puan Sharifah Loklok Binti Syed Mohamad. Persaraan Tuan Haji Johan Bin Haji Omar, Pengetua Sekolah SMK BPJ (A) dan tempat digantikan oleh Puan Noor Hasni Binti Abdullah, Pengetua baharu.2018

Pada tahun 2019, sekolah SMK BPJ (A) telah menjadi sekolah yang terkenal di peringkat petaling perdana , negeri Selangor kerana sekolah ini telah menjadi 'Tuan Rumah' bagi pelbagai pertandingan yang afdal di Malaysia sama ada pertandingan peringkat daerah atau negeri. Pemisahan beberpa guru yang berpengalaman yang telah berkhidmat di sekolah SMK BPJ (A) melebihi 10 tahun dan tempat mereka digantikan oleh guru-guru dari sekolah lain. Pemisahan Puan Fazida Binti Faiz, Penolong Kanan Kokurikulum sekolah SMK BPJ (A) dan tempat digantikan oleh Puan Lok Bee Giak, P.K.Kokurikulum baharu.

Pencapaian sunting

-Pernah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Hoki Daerah Petaling Perdana pada tahun 2010 . -Pernah mewakili sekolah dalam Unit Kokurikulum dalam Kejohanan :

-Kesatuan Olahraga Amatur(Octagon) -2009-
-Acara Riben MSS Selangor -2009-
-MSSM Acara Berpasukan Gimrama (tempat ke-3) -2009-
-Chorul Speaking Peringkat Zon (tempat ke-2) -2009-
-Kejohanan Taekwondo Antarabangsa -3 -2009-
-Perkhemahan Pandu Puteri KRS & NGO Peringkat Kebangsaan -2009-

Visi sunting

SMK Bandar Puchong Jaya (A) akan melahirkan pelajar yang berpendidikan cemerlang dan seimbang menjelang 2013

Misi sunting

-Berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik melalui sistem pendidikan yang sistematik.

-Berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar yang syumuk, berbudaya cemerlang dan terpuji.

-Berusaha untuk meningkatkan ikli, persekolahan yang ceria dan kondusif.

-Berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kurikulum dengan pendekatan yang berkesan dan inovatif.

-Berusaha untuk meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap, telus, dan tulus.


Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A)
Jalan Pipit,
Selangor, Malaysia
Telefon = 380754728
Fax = 380757513

Rujukan sunting

  1. ^ "Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A)". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
  3. ^ a b "Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A), Puchong". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Februari 2024.

Pautan luar sunting