Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan


SMK BANDAR TASIK SELATAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
Lokasi
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"Berwawasan Tonggak Sejahtera"
Nombor sekolah0391734288
Kod sekolahWEA0233
PengetuaPuan Zahura
Tenaga pengajar131
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Norainon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Siti Zainab
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rosmizawati
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPuan Norhayati
Faks0391738588


MAKLUMAT AM Zon

Pudu/Bangsar


Gred Sekolah

B


Sesi Persekolahan

2 Sesi


Kategori Persekolahan

SMK/SK/SMKA/SJKC/SJKT


Kod Sekolah

WEA0233


Telefon:

(Pejabat) 03- 91734288


Fax:

+60 3-91738588


Email:

wea233@moe.edu.my

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 am - 1.00 pm

2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 am - 5.00 pm

ENROLMEN Bilangan Murid : 1524

Bilangan Guru : 119

Bilangan AKP : 15

Bilangan Kelas: 63

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMK BTS) Kuala Lumpur ditubuhkan pada 4 Januari 1999. Sementara menanti bangunan sendiri siap sepenuhnya, SMK BTS telah menumpang di bangunan SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga 6 Jun 1999.

Tapak dan bangunan sekolah ini terletak di Bandar Tasik Selatan yang pada asalnya ialah Golf Driving Range. Kemudian diserah milik kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rezab pendidikan. Tapak ini terletak berhampiran dengan Kem Sungai Besi diantara Sungai Besi dan Bandar Tun Razak

Kumpulan pelajar pertama ialah seramai 278 orang sahaja terdiri daripada lelaki dan perempuan berbagai kaum. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2001 jumlah pelajar meningkat kepada 1,800 orang dengan bilangan guru seramai 108 orang dan staff sokongan seramai 15 orang.

Sekolah ini mendapat nama sempena lokasinya di kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar SMK BTS datangnya dari kawasan sekitar sekolah ini iaitu dari kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan, Kuatres Anggota Polis Desa Tasik, Kem Sungai Besi dan Kawasan Perkampungan Melayu di Sungai Besi.

Mulai Januari 2000 SMK BTS telah menawarkan program pendidikan khas. Kini 10 orang guru mengendalikan pelajar bermasalah pembelajaran, seramai 51 orang pelajar dan pelajar bermasalah pendegaran seramai 10 orang. Sekolah ini juga mempunyai 1 Blok Asrama Puteri SMK BTS telah mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Seramai 102 pelajar perempuan Tingkatan 1,2,3 kelas Aliran Agama (KAA) telah ditempatkan di Asrama ini. Sehingga kini, Asrama Aliran Agama ini telah dinaik taraf kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Pada 2020 Kelas Aliran Agama ditambah pelajar lelaki tingkatan 1-5 namun tiada asrama.

Dari segi kokurikulum, SMK BTS telah menempa beberapa kejayaan, khususnya dalam bidang permainan hoki, teakwando dan unit beruniform iaitu Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Semua pelajar adalah diwajibkan menyertai PKBM sebagai satu unit beruniform tunggal pertama di Malaysia yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2002. Beberapa kejayaan PKBM telah diraih diperingkat wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga peringkat kebangsaan.

Pengetua pertama SMK BTS ialah Pn. Jamalliah binti Rahmat (sehingga 30 April 2001). Pada 16 Jun 2001 sehingga 16 Ogos 2006 En. Mohd Sidek bin Mohd. Dollah telah dilantik sebagai Pengetua Kedua Sekolah ini. Pelbagai perubahan fizikal dan pencapaian akademik telah dicapai dengan visinya iaitu sekolah membantu generasi berbudaya ilmu, berakhlak mulia, berdaya maju dan berwawasan. Pengetua SMK BTS yang Ketiga adalah Pn. Rohana binti Mohd. Shariff (1 September 2006) dengan misi sekolah yang baru iaitu Menuju Kepuncak Kecermelangan 2011. Pada pertengahan tahun 2009 En Naseh telah dilantik menjadi pengetua untuk menggantikan Pn Rohana yang telah ditukarkan ke sekolah lain.

Pada tahun berikutnya (2010) SMK BTS telah menerima seorang lagi pegetua baru iaitu Puan Hajah Rozah dengan harapan baru beliau untuk membawa SMK BTS menuju kecemerlangan seiring dengan pencapaian konsep Satu Malaysia.

Alamat dan Nombor Telefon sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Telefon Pejabat = 03- 91734288
Fax = +60 3-91738588
E-mel = wea233@moe.edu.my

Pautan luar sunting