Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya
Lokasi
Lorong Maarof, Bukit Bandaraya, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berakhlak, Beramal
Ditubuhkan1985
Nombor sekolah03-2095 3645
Kod sekolahWEA0213
Pengerusi PIBGDatuk Dr. Rajandra Kumar
PengetuaPuan Noriza binti Murad
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Norhafiza binti Kamisan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Nurliza binti Mohd Khalil
Penolong Kanan KokurikulumDr. Fauziah binti Mail
Faks03-2095 1690

Sekolah ini adalah salah satu sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah kawalan. Sekolah ini menyediakan subjek elektif Fizik, Kimia, Biologi, Rekacipta, Matematik Tambahan, Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam, dan Mata Pelajaran Vokasional Elektrik Domestik (MPVED) bagi murid Tingkatan 4 dan 5.

Menjelang tahun 2022, SMK Bukit Bandaraya mempunyai lebih kurang 68 orang guru dan 911 orang murid yang berdaftar.

Sejarah sekolah sunting

Sekolah ini dibuka pada awal tahun 1985, dikenali dengan nama Sekolah Menengah Taman Bandaraya.[1] Tuan Haji Abu Bakar bin Osman dilantik sebagai pengetua. Pada awalnya, kumpulan murid yang pertama menumpang di Sekolah Menengah Seri Pantai, sementara murid Tingkatan 1 pula menumpang di Sekolah Menengah Bangsar. Bilangan murid ketika itu dikatakan hanya seramai 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan.

 
Logo lama SMK Bukit Bandaraya

Pada bulan Jun 1986, semua murid dipindahkan ke bangunan baharu sekolah yang telah selesai dibina. Bilangan murid terus meningkat kepada 486 orang semasa awal dekad 1990-an. Ini kemudian diikuti pada tahun 2001 di mana bilangan tersebut telah mencecah 1000 orang.

Rekod pada tahun 2009 menyatakan bahawa jumlah murid adalah seramai 1166 orang berserta 78 guru. Pada masa ini juga, SMK Bukit Bandaraya telah mempunyai lima buah blok bertingkat empat yang dilengkapi dengan bilik kelas, bilik akses komputer, bilik masakan dan lain-lain untuk penggunaan warga sekolah.

Tiga tahun selepas itu, bilangan murid melebihi 1200 orang. Beberapa kemudahan seperti padang sekolah telah diubah suai dan dinaik taraf.

Senarai pengetua sunting

Nama Tempoh Pentadbiran
Tuan Haji Abu Bakar bin Osman 1985-1986
Encik Mohammad Razali bin Sail 1986-1990
Puan Rokiah binti Alias 1990-1993
Puan Nik Rokiah binti Nik Mat 1993-1996
Puan Hajah Adilah binti Mior Ahmad Yusof 1996-1998
Encik Ayob bin Abdul Manap 1998-2000
Datin Suwarni binti Hassan 2000-2006
Puan Lucy Loretha B. C. Roberts 2006-2008
Puan Hanizah binti Idris 2008-2010
Puan Hajah Nooraini binti Baharuddin 2011-2012
Puan Noraizan binti Mohamed 2013-2015
Encik Manmohan Singh a/l Kartar Singh 2015-2018
Encik Selva Kumar a/l Arumugam 2018-2021
Puan Noriza binti Murad 2022-kini

Lagu sekolah sunting

‎Lirik dan melodi lagu ini dicipta oleh Encik Osman Bin Nabun pada tahun 1987, dengan tajuk "Mencapai Cita". Beliau ialah seorang bekas guru muzik yang berasal dari Pulau Pinang.

Mencapai Cita

Kami berikrar penuh setia,

Mencapai cita,

Patuh pada ajaran guru,

Bapa juga ibu,

Ingin jadi rakyat yang berguna,

Bina nusa bangsa.

Sukan juga seni budaya,

Mengikut tunas agama,

Nama yang harum dibina,

SM Bukit Bandaraya.

Kami berikrar penuh setia,

Mencapai cita,

Patuh pada ajaran guru,

Bapa juga ibu,

Ingin jadi rakyat yang berguna,

Bina nusa bangsa.

Bekas murid yang terkenal sunting

Sharifah Amani (pelakon)[2]

Sharifah Aleya (pelakon, bekas DJ)

Qabil Ambak (atlet ekuestrian)[3]

M. Kogileswaran (pemain bola sepak)[3]

Aishah Sinclair (pelakon, DJ Mix FM)[4]

Adam Sinclair (pengarah video)

Ashraf Sinclair (bekas pelakon)

Adam Adli (MB Hang Tuah Jaya 2022-Sekarang)

Rujukan sunting