Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana atau nama ringkasnya SMK Cheras Perdana, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lorong CP5, Tmn. Cheras Perdana, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, Lorong CP5/39, Tmn. Cheras Perdana, 43200 Cheras, Hulu Langat, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDedikasi Teras Kecemerlangan
DitubuhkanDisember 1995
Nombor sekolah+60390769576
Kod sekolahBEA4617[1]
Pengerusi PIBGEn. Chong Tuck Soon
PengetuaEn. Mohd Razali Bin Mat Yasin
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Chi Ra A/P Din Klom
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Puteri Balkis Binti Megat Husain
Penolong Kanan KokurikulumPn. Mazyon Binti Rahim
Faks+60390750210
SMK Cheras Perdana

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana memiliki 1008 pelajar lelaki dan 851 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1859 orang serta mempunyai seramai 112 orang guru.

Sejarah sunting

SMK Cheras Perdana Mula beroperasi pada 1 Januari 1996 dengan mempunyai seramai 28 orang guru dan 600 orang pelajar. Pada mulanya, iaitu pada bulan Disember 1995, SMK Cheras Perdana terpaksa menumpang sementara di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn kerana infrastruktur yang masih tidak lengkap. Kelas Tingkatan 3 bermula pada tahun 1998 manakala kelas Tingkatan 4 dimulakan pada tahun 1999.

Pusat Sumber sekolah dirasmikan oleh En. Zulkifli Ismail, Pengetua Pertama SMK Cheras Perdana pada 8 April 1997. SMK Cheras Perdana kemudiannya dibuka dan dirasmikan pada 4 Julai 1998 bersama-sama dengan perasmian dan pembukaan Makmal Multimedia SMK Cheras Perdana. SMK Cheras Perdana kemudiannya dinaiktaraf ke sekolah Gred A pada tahun 2001.

SMK Cheras Perdana telah melaksanakan program Sekolah Bestari sejak tahun 2000 bagi menaiktarafkan lagi mutu pembelajaran di sekolah. Padang SMKCP kemudiannya menjadi padang angkat Majlis Perbandaran Kajang tahun 2002. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan dengan lebih tinggi di samping memastikan kemudahan-kemudahan yang sedia ada digantikan dengan yang lebih baik.

Falsafah sunting

Mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi warganegara yang beragama, berdisiplin, berilmu, berakhlak, berkemahiran, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi dalam usaha mencapai serta mematuhi aspirasi negara dan ummah.

Menanamkan nilai-nilai kepimpinan melalui teladan secara membina sahsiah yang tinggi dan melatih mereka dengan memberi penekanan perpaduan negara melalui kesungguhan mencapai prestasi akademik kepada yang tinggi dan bersedia untuk bekerja kuat bagi menuju masa hadapan yang cemerlang.

Misi sunting

Kami warga SMK Cheras Perdana akan memastikan kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan berdisiplin terpuji dalam persekitaran yang kondusif dan harmoni berteraskan pengurusan pentadbiran yang telus serta cekatp dibantu dengan komuniti yang erat.

Visi sunting

SMK Cheras Perdana Mencapai Lonjakan Saujana Cemerlang Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Pada Tahun 2013.

Piagam sunting

• Melahirkan individu yang mengamalkan budaya ilmu serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
• Membentuk sahsiah warga SMK Cheras Perdana agar bersikap penyayang, prihatin dan mewujudkan iklim yang kondusif.
• Menyediakan asas bagi menghasilkan warga SMK Cheras Perdana yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
• Membentuk insan kamil berjaya di dunia dan di akhirat.
• Memupuk semangat muafakat antara warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Lagu Rasmi SMKCP sunting

SMK Cheras Perdana,

Kujulang Namamu di Puncak Negara.

Kukuh Megah Berdiri,

Waja Bergerak Maju,

Seutuh Semangat Kami Wargamu.


Kreatif dan kritis menjana ilmu.

Berkeimanan berketerampilan.

Gigih dan beramanah,

Mengharung perjuangan,

Kejayaanmu pasti digenggaman!


SMKCP,

Dedikasi Cemerlang.

Kau tetap kebanggaanku.

Budaya ilmu ku jadikan amalan,

Pasti namamu kujulang!


Globalisasi agenda terkini,

Merealisasi wawasan Negara,

Harapan keluarga juga agama,

Kuabadikan di SMKCP.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana,
Lorong CP5/39, Tmn Cheras Perdana, 43200 Cheras,
Selangor,   Malaysia

Telefon: +60390769576

Fax: +60390750210

Rujukan sunting

Pautan luar sunting