Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin atau nama ringkasnya SMK Dato' Kamaruddin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin
Lokasi
 Malaysia Jalan Besar, 34500, Batu Kurau,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058880346
Kod sekolahAEE6058
Faks6058881226
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin memiliki 880 pelajar lelaki dan 866 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1746 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah, Batu Kurau dan diasaskan oleh En. Ramli Bin Mat Saman selaku penolong kanan pertama Sekolah Menengah Rendah,Batu Kurau. Pada ketika itu sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan sungai Akar, Batu Kurau pada sesi petang. Ketika itu, sekolah ini mempunyai 7 buah kelas ( 5 Aliran Melayu dan 2 Aliran Inggeris) dengan seramai 234 orang pelajar (175 orang Aliran Melayu dan 59 orang Aliran Inggeris)

    Pada tahun 1996, sekolah  ini telah berpindah untuk menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris, Batu Kurau. Nama sekoah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau pada tahun 1969 bersempena dengan nama Y.A.B. Dato’ Kamaruddin b. Haji Mohd Isa DPMP., KMN., JP., Menteri Besar Perak, pada 16 Julai 1972.
   Pada tahun 1994, dua kelas tingkatan enam rendah telah dibuka. Pada tahun 2004 sekolah ini mempunyai 6 kelas tingkatan 6 dengan pelajar berjumlah197 orang. Sekolahini juga mempunyai sebuah Asrama Desa yang menempatkan seramai 40 orang murid perempuan. Pelbagai prasarana telah ditambah, antaranya sekolah ini juga mempunyai sebuah makmal komputer . Sehingga kini, sekolah ini telah diteraju oleh 16 orang pengetua.


VISI

MENJADIKAN SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DATO' KAMARUDDIN GEMILANG

MENJELANG 2010


MISI

Dalam usaha untuk menjadi gemilang dalam kurikulum, kokurikulum, keceriaan, displin dan pengurusan pejabat kami warga SEDAKA bertekad dengan penuh iltizam akan memberi komitmen dalam program yang dirancang dan sistematik untuk :

· Meningkatkan pencapaian akademik setiap pelajar mengikut potensi masing-masing untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran

· Meningkatkan pencapaian kokurikulum dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum

· Melahirkan pelajar yang berdisplin, berakhlak mulia, berketerampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi.

· Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, hijau kondusif dan selamat.

· Mewujudkan sistem pejabat yang cemerlang.



Bahawasanya kami

Pelajar SMK Dato’ Kamaruddin

Berikrar dan Berjanji

Akan menepati masa,

Menghormati guru,

Belajar bersungguh-sungguh,

Berakhlak mulia,

Berdisplin dan bertanggungjawab,

Sentiasa menjaga nama baik diri,

Keluarga dan sekolah,

Serta memberi sumbangan

Terhadap keharmonian dan kemakmuran

Masyarakat dan Negara

Sekolah Dato’ Kamaruddin

Terus maju dan jaya

Berazam untuk kejayaan

Jadi panduan kita

Pelajarnya berbilang bangsa

Dari pekan dan desa

Menjunjung cita-cita bangsa

Menyatukan semua

Mari bersungguh harap dihati

Segala kejayaan

Bimbinglah kami ke jalan benar

Agar hidup Berjaya

Marilah sahabat semua

Capaikan cita-cita

Dibawah naungan tuhan

Allah yang maha esa

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin
Jalan Besar
34500, Batu Kurau
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058880346
Fax = 6058881226

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting