Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura


Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura atau juga dikenali sebagai SMK Inderapura, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di KM 1 Jalan Benta di Jerantut. SMK Inderapura merupakan sekolah kerajaan yang terletak di Daerah Jerantut dan juga salah satu sekolah dalam negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. [1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
KM 1, Jalan Benta 27000, Jerantut, Daerah Jerantut, Pahang
Malaysia
Koordinat3°55′07″N 102°21′09″E / 3.918593674°N 102.3526337°E / 3.918593674; 102.3526337Koordinat: 3°55′07″N 102°21′09″E / 3.918593674°N 102.3526337°E / 3.918593674; 102.3526337
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah; Sekolah kerajaan
MotoSederap Memacu Kecemerlangan
Ditubuhkan2004
Autoriti pendidikanPPD Jerantut
Nombor sekolah6092601261
Kod sekolahCEA2053
Faks6092601264

Kod sekolah bagi sekolah ini ialah CEA2053. Berdasarkan data sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2021, sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan memiliki pelajar dengan seramai 465 orang yang terdiri daripada lelaki dan juga perempuan. Ia memiliki 52 orang guru yang bertugas di sekolah ini. SMK Inderapura terletak di bawah autoriti pendidikan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut. [2]

Sejarah sunting

SMK Inderapura mula ditubuhkan pada tahun 2004. Pada lewat 1990-an, dengan ekoran tambahan pelajar yang semakin mendadak di SMK Jerantut dan juga SMK Temin yang menyebabkan untuk mewujudkan keperluan mendirikan salah satu sekolah menengah harian biasa di Daerah Jerantut. Pada awal abad ke-21, salah satu tapak telah dikenal pasti dengan berdekatan Jalan Jerantut–Benta untuk tujuan membina keperluan sekolah menengah harian biasa.

Kerja-kerja pembinaan untuk mendirikan sekolah ini bermula pada awal 2002 dan siap dibina pada akhir 2004. Pada 16 November 2004, seramai 3 guru dilantik sebagai barisan kepimpinan iaitu Guru Penolong Kanan (GPK) 1, Pn. Rusma bt. Mohd Taha dan juga sebagai caretaker, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, En Ibrahim b. Puteh dan Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, En. Anwar b. Osman untuk memulakan operasi tugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut bagi persiapan sesi persekolahan tahun 2005. Pada tahun 2006, SMK Inderapura telah mempunyai pengetua yang pertama iaitu Pn. Rusma bt. Mohd Taha yang juga sebelum ini sebagai guru penolong kanan sementara.

SMK Inderapura telah menyediakan pelbagai kemudahan asas sekolah dan termasuk kelas Pendidikan Khas. [3]

Lokasi sunting

Demografi sunting

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.

Tahun Jumlah murid (orang) Jumlah guru (orang)
2009 701 66
2019[4] 506 54
2020[5] 491 55
2021[6] 465 52

Rujukan sunting

  1. ^ "Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, Jerantut". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2021.
  2. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  3. ^ "LATAR BELAKANG SEKOLAH". sekolahinderapura.blogspot.com. 24 Disember 2012.
  4. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  5. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan KPM2021 tidak disediakan

Pautan luar sunting