Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari

Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari atau nama ringkasnya SMK Ketari, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari
Lokasi
 Malaysia Jalan Kuala Lumpur, 28700, Bentong,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6092221278
Kod sekolahCEB0019
Pengerusi PIBGPn. Sariwati binti Mokhtar
PengetuaPn. Hajah Zainab binti Harun
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Faridah binti Mohamad Saukani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Boon Chee Yong
Penolong Kanan KokurikulumEn. Rostam bin Abdullah
Faks6092235571

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari memiliki 522 pelajar lelaki dan 503 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1025 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bermula pada tahun 1962 yang dinamakan sebagai Sekolah Lanjutan Bentong. Diwujudkan khas untuk murid-murid yang gagal peperiksaan Darjah Enam dan tidak layak ke Tingkatan 1. Sekolah Lanjutan ini menumpang sementara waktu di Catholic High School kerana bangunan sekolah belum didirikan. Kemudian berpindah ke bangunan baru Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong pada 1964. Terdapat lima orang guru dan 62 pelajar yang menjalankan sesi pembelajaran pada waktu petang. Pengetua sekolah yang pertama ialah Tuan Haji Ismail Bin Haji Ishak. Pelajar belajar selama dua tahun sebelum boleh menduduki peperiksaan awam iaitu Lower Certificate of Education (L.C.E).

Pada tahun 1965, bangunan baru telah siap dan dibuka secara rasmi oleh YB Encik Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu pada 19 Oktober 1966. Sekolah Lanjutan telah dimansuhkan dan lahirlah Sekolah Menengah (Rendah) Jenis Kebangsaan Ketari ( SMRJK Ketari ). Ia terdiri daripada dua blok bangunan satu tingkat. Bangunan pertama digunakan sebagai pejabat sekolah, bilik pengetua dan bilik guru. Manakala bangunan blok A mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik kecil perpustakaan. Hanya menampung persekolahan pelajar sehingga ke Tingkatan 2. Kemudian dua lagi blok bangunan dua tingkat telah dibina iaitu Blok B yang digunakan sebagai bilik darjah, makmal sains, bilik masakan dan bilik jahitan manakala Blok C terdiri daripada 8 buah bilik darjah.

Pada tahun 1975, buat pertama kali pelajar-pelajar boleh meneruskan pelajaran mereka sehingga ke Tingkatan 3 dan menduduki peperiksaan L.C.E.

Pada tahun 1980-an, SMRJK Ketari terus mencapai tahap kegemilangannya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Pengetua ketika itu Encik Raghupathy Naidu mencipta slogan “Gold for Gold” dan menjadi terkenal dikalangan masyarakat setempat sehingga ramai ibu bapa ingin menempatkan anak mereka belajar di sekolah ini.

Pada tahun 1988, SMRJK Ketari bertukar nama kepada Sekolah Menengah Ketari. Bilangan pelajar semakin bertambah dan mengalami kekurangan bilik darjah untuk menampung peningkatan bilangan pelajar. Oleh itu, bangunan tambahan telah mula dibina pada tahun 1989 yang terdiri daripada 12 buah bilik darjah. Bilangan pelajar terus meningkat sehingga sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan pada sesi akademik 1993/1994 iaitu sesi pagi untuk murid-murid Tingkatan 2, 3, dan 4. Sesi petang adalah untuk murid-murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1.

Mulai tahun 1994, Sekolah Menengah Ketari memasuki era baru iaitu bermulanya kelas menengah atas. Murid-murid boleh meneruskan persekolahannya sehingga ke Tingkatan 5 dalam aliran Sastera. Bilangan murid telah meningkat kepada 924 orang dan bilangan guru berjumlah 49 orang termasuk 13 orang guru siswazah serta 9 orang staf sokongan.

Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Ketari dinamakan semula sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari. Pada tahun berikutnya, ia telah ditingkatkan kepada sekolah Gred A. Banyak perubahan fizikal telah dibuat seperti pembinaan dua lagi blok bangunan baru untuk digunakan sebagai bilik darjah, bilik guru, makmal serta bengkel kemahiran hidup.

Mulai tahun 2000, SMK Ketari telah memulakan kelas Tingkatan 6 aliran Kemanusiaan yang bermula pada bulan Febuari.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari
Jalan Kuala Lumpur
28700, Bentong
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092221278
Fax = 6092235571

Pautan luar sunting