Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh

Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh atau nama ringkasnya SMK Merapoh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang bersebelahan jalan raya yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan negeri Kelantan. Jarak sekolah ini dari bandar terdekat di negeri Pahang iaitu Kuala Lipis dan juga Pejabat Pendidikan Daerah ialah kira-kira 98 kilometer. Jarak ke bandar gua Musang di Kelantan pula ialah kira-kira 25 kilometer. Pada ketika ini (2018) projek lebuh raya Central Spine sedang giat dijalankan yang juga melalui berhampiran sekolah ini. Sekolah ini mula telah dibuka pada tahun 1996 dengan ambilan pelajar pertama tingkatan 1 seramai 77 orang dengan 7 orang guru. Pada ketika itu bangunan sendiri belum siap sepenuhnya dan terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Merapoh, jarak kira-kira 2 kilometer dari tapak bangunan baharu. Sekolah ini telah berpindah ke bangunan baharu sepenuhnya pada bulan Jun tahun 1998. Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Haidzir bin Hussin (Sekarang Dato' Haji) dan beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga tahun 2004. Pembukaan sekolah ini telah menjimatkan perbelanjaan dan masa perjalanan para pelajar sekitar pekan Merapoh daripada terpaksa berulang alik menaiki keretapi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku dengan jarak kira-kira 80 kilometer sehala atau ke pekan Gua Musang di Negeri Kelantan. Sehingga kini sekolah ini telah membangun dengan pesat, mempunyai murid-murid kira-kira 600 orang, 50 orang guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana, mempunyai asrama putera dan puteri dan sebagai sebuah sekolah PTJ. Sebagai sekolah yang terletak di luar bandar dan pintu masuk ke-2 ke Taman Negara serta Gunung Tahan, sekolah ini telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat dan ramai bekas pelajarnya telah berjaya dalam kehidupan masing-masing,

Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh
Lokasi
 Malaysia Merapoh, 27210, Kuala Lipis,, [Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099124622
Kod sekolahCEA3056
Faks6099121578


Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh
Merapoh
27210, Kuala Lipis
Pahang, Malaysia
Telefon = 6099124622
Fax = 6099121578

Pautan luar sunting