Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan nama ringkasnya SMK Seri Kembangan atau singkatannya SMKSK, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan
Lokasi
Seri Kembangan, 43300, Petaling Perdana, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Nama lamaSMJK (Inggeris) Serdang Bharu
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Tangga Kejayaan
Nombor sekolah03-89486358
Kod sekolahBEB8659
Pengerusi PIBGDatuk Teo Geck Heng, P.J.N, P.M.C.
PengetuaPn. Teo Boon Hwa, PPN
Tenaga pengajar165 (2023/24)
Jumlah penuntut3226 (2023/24)
Slogan"SKrians Sehati Sejiwa"
Lagu"Usaha Tangga Kerjayaan"
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Md. Juri bin Kamdi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Loo Gaik Gan
Penolong Kanan KokurikulumPn. Nor Fatimah bt Muhammad Nor
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Tunsiah Bt Rais
Faks03-89482117
Laman sesawang
Map


Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan memiliki 1832 pelajar lelaki dan 1743 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3575 orang. SMK Seri Kembangan mempunyai seramai 185 orang guru.2020

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan dibuka pada tahun 1965 sebagai Sekolah Menengah Rendah aliran Inggeris dan dinamakan SMJK (Inggeris) Serdang Bharu. Pada mulanya, hanya terdapat kelas-kelas peralihan sahaja. En.T.Thirunaman adalah pengetua yang pertama. Pada 29 Februari 1966, Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas tapak pembinaan sekolah menengah ini.[1] Sementara menunggu bangunan sekolah siap, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C) Serdang Baru selama dua tahun. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa ini, bilangan pelajar telah bertambah dan ini menyebabkan pelajar terpaksa menumpang di SRJK ( C) Kwong Hon di Sungai Besi pula. Pada tahun 1968, bangunan sekolah telah siap iaitu terdiri daripada 3 blok bangunan sekolah dan sebuah kantin. Pada 18 November 1968, sekolah ini telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein.

Nama asal sekolah ini kemudiannya telah diubah kepada SMJK (Inggeris) Seri Kembangan. Walau bagaimanapun, apabila nama Kampung Bharu ini diubah kepada Seri Kembangan, sekolah menengah ini sekali lagi diubah kepada Seri Kembangan Secondary School. Apabila arahan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dikuatkuasakan, nama sekolah menjadi Sekolah Menengah Seri Kembangan.

Pada tahun 1969, pelajar kumpulan pertama Sek. Men. Seri Kembangan menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Keputusannya amat menggalakkan, iaitu 78%. Untuk Tingkatan 4, pelajar-pelajar terpaksa pergi ke sekolah lain.

Dalam perkembangan sukan sekolah, tahun 1973 merupakan tahun terawal sekolah mengadakan Kejohanan Merentas Desa. Dalam tahun 1977, Sukan Tahunan yang pertama diadakan.

Atas keperluan penduduk setempat pada tahun 1975, SMSK telah memulakan tingkatan 4. Pada tahun berikutnya, pelajar-pelajar menduduki peperiksaan MCE dan sebanyak 48.8% yang lulus. Pada tahun 1980, pembelajaran aliran Sains diadakan.

Pertambahan bilangan murid menyebabkan bangunan tambahan diperlukan untuk menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1975, Blok D telah dibina. Blok D mempunyai 2 buah makmal sains, bilik sumber dan 4 buah kelas. Pada tahun 1982, blok papan yang mengandungi 3 buah kelas telah dibina.

Pada tahun 1980, sebuah kelas tingkatan empat sains telah dibuka berdasarkan kemajuan yang dicapai oleh para pelajar tingkatan tiga 1979. Pada tahun yang sama juga, Pengetua, En. Woon Teck Kah telah digantikan oleh En. Lee Kim Woon dari Kuantan, Pahang.

Pada 31hb Disember 1981, En. Lee Kim Woon, Pengetua SMKSK telah ditukarkan ke Pusat Sumber, Jabatan Pelajaran Pahang. Sebelum En. Tan Sek Tee dilantik menjadi Pengetua SMKSK yang baru pada 1hb Mei 1982, jawatan pengetua sekolah ini dipangku oleh Penolong Kanannya, En. Adnan Kamis.

Pada tahun 1992, En. Poon Fook Fay telah dilantik sebagai Pengetua SMK Seri Kembangan. Sebelum En. Poon, En. Ho Kee Liang telah menjadi pengetua sekolah ini sehingga akhir tahun 1991. Selepas En. Poon bersara pada tahun 2001, Cik Loh Sow Meng telah dilantik sebagai pengganti beliau sehingga April 2010. En. Tay Keng Lee, PPN telah mengambil alih jawatan Cik Loh sebagai pengetua sehingga kini.

Pada tahun 1992, Jabatan Pendidikan Selangor telah memberikan peruntukan untuk pembinaan 4 buah bilik darjah pasang-siap. Kemudahan asas yang lain seperti gelanggang bola tampar, bola keranjang dan tempat letak basikal juga dibina. Sebuah astaka juga dibina di bahagian hadapan padang pada tahun 1989. Pada tahun 1991, Blok F dibina manakala Blok G dibina tahun 2002, Blok H pada tahun 2004 siap dibina dan digunakan oleh warga SMK Seri Kembangan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan
Jalan Sekolah,
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-89486358
Fax  : 03-89482117

Pautan luar sunting

  1. ^ "大馬副總理敦拉查 後日蒞沙登新村". eresources.nlb.gov.sg.