Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muara
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muara atau nama ringkasnya SMK Seri Muara, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bagan Datoh.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muara | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Bagan Datoh, 36100, Bagan Datoh,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6056466216 |
Kod sekolah | AEE5175 |
Faks | 6056467889 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muara memiliki 319 pelajar lelaki dan 218 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 537 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009
Sejarah sunting
SEMESRA dibina pada tahun 1969 di atas tanah seluas 9 hektar pada Lot 3719 Mukim Bagan Datoh. Pengambilan pelajar pertama pada tahun 1970. Nama asal ialah Sekolah Menengah Bagan Datoh sehinggalah pada 15 Mac 1982 apabila dengan rasminya ia dinamakan dengan nama Sekolah Menengah Seri Muara atau singkatan SEMESRA. Pada tahun 1998 Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran ( KKBP ) ditubuhkan dengan 6 orang murid dan mempunyai bangunan sendiri pada tahun 2001. Aliran Mata Pelajaran Vokasional yang mengambil elektif Kimpalan Arka dan Gas dimulakan dengan 1 kelas tingkat 4 pada tahun 2005.
Pencapaian sunting
Alamat sunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muara
- Bagan Datoh
- 36100, Bagan Datoh
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6056466216
- Fax = 6056467889