Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas, Pahang

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas atau nama ringkasnya SMK St Thomas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Beserah, Taman Mutiara, 25300 Kuantan, Pahang.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas
Lokasi
 Malaysia Jalan Gambut, 25000, Kuantan,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095177006
Kod sekolahCEB4033
Faks6095177820


Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas memiliki 213 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 213 orang. Ia mempunyai seramai 20+ orang guru.2019

Sejarah sunting

1910- Tanah dibeli oleh Paderi, Anthony Duvelle dengan harga $100. Gereja kecil dibina dan dinamakan Saint Thomas. (Jalan Gambut)

April 1910- Rev. Father Guitat menubuhkan sekolah St. Thomas di perkarangan Gereja Saint Thomas. Rev. Father Reutens dan Rev. Father Yap turut menolong.

1951- Sekolah bermula dengan 40 orang pelajar dan meningkat kepada 80 orang pelajar.

1956- Pelajaran Sekolah Menengah dimulakan dan para pelajar ditempatkan di sebuah pondok atap yang serba kekurangan.

Januari 1958- Pengasingan pentadbiran antara sekolah rendah dan sekolah menengah dibuat. Bro. William menjadi guru besar sekolah menengah dan Bro. Aloysius menjadi guru besar sekolah rendah (SK St. Thomas)

1961- Bangunan 3 tingkat dibina dan Almarhum Sultan Abu bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum telah merasmikan pembukaan bangunan tersebut pada 18 Jun 1961.

1963- Sekolah Rendah (SK St. Thomas) telah dibina.

1978- Sekolah memulakan kelas Sains Tulen dan Makmal Sains yang lengkap diperlukan.

1981- Sebuah Bangunan Makmal Sains baru telah dibina dengan anggaran kos $250,000. Bangunan ini telah dirasmikan oleh bekas pelajar St. Thomas iaitu ke bawah Duli yang Maha Mulia Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah pada 23 Mei 1981.

2008- Nama Kelas-kelas ditukar:

"Helium - Smart

Neon - Mercury

Argon - Venus

Krypton - Earth

Xenon - Mars

Radon - Jupiter"

2009- Makmal Kimia & Biologi diubahsuai. 2 Smart dan 2 Mercury ditukar ke Sesi Pagi.

2010- Kelas 1 Smart dibina di sebelah dewan.

- Kampus Astro dimulakan

- Kelas 3 Smart dibina di sebelah Gereja St Thomas.

- Bengkel Seni dibina di sebelah kelas 3 Smart.

- Tembok dibina di antara tapak bola keranjang dan tapak bola tampar.

2011- Kelas 5 Smart dibaikpulih.

- Kelas 5 Mercury, 5 Venus dipasangkan mozek.

2012- Tambahan kerusi dan meja untuk pelajar-pelajar PMR 2012.

2013- Sekolah ditutup pada 31 Disember 2013.

2014-2022 (Sekarang, SMK Saint Thomas masih berkongsi bangunan sekolah Sultan Abu Bakar)- SMK Saint Thomas berpindah tapak sekolah iaitu berkongsi bangunan Sekolah dengan Sultan Abu Bakar sementara menunggu tapak sekolah yang baru. Tingkatan 1-5 berada di sesi petang iaitu waktu persekolahan bermula jam 1.05 hingga 6.45 Petang.

2017-2019 (anggaran)- Masa tukar dari 1.05 hingga 6.45 Petang ke 1.05 hingga 6.55 Petang

08, Jan 2019- SMK Saint Thomas mendapatkan budak Tingkatan 1 paling rendah dengan bilangan 28 murid Tingkatan 1. (Sebenarnya adalah 42 Murid pelajar tingkatan 1, tetapi 14 murid pelajar tukar ke sekolah lain. Sumber: SMK ST Thomas sedang menghadapi pengurangan pendaftaran yang membawa kepada masa depan yang tidak menentu.

2020-SMK ST Thomas mengadakan pengetua wanita yang pertama dan terakhir.

- Masa belajar ditukar ke 1.05 sehingga 6.25 petang.

2021- Kelas nama ditukar:

Smart - Amethyst

Mercury - Sapphire

Venus - Crystal

Earth, Mars, Jupiter - (Tiada kerana tidak mengadakan kebanyakan murid.)

2021-2022- Masa belajar ditukar dari 1.05 sehingga 5.30 kerana Kes Covid-19.

Mei/Julai 2022- Masa belajar ditukar seperti biasa (1.05-6.55 petang)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas
Jalan Beserah
25300, Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095687006
Fax = 6095687820

Pautan luar sunting