Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid

Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid atau nama ringkasnya SMK Telupid, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Daerah Telupid.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid
Lokasi
Peti Surat 02, 89320 Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1980
Nombor sekolah6089521734
Kod sekolahXEA2141
Pengerusi PIBGEN DUNIS KIMJIN
PengetuaEN ALBERT ANDAU PAULUS ANDAU
GPK Pentadbiran dan AkademikPN ROSIANE GUHAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN
Penolong Kanan KokurikulumEN ALEXANDER SILAU
Faks6089521734


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid memiliki 614 pelajar lelaki dan 721 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1335 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Telupid pada asalnya merupakan sebuah bangunan milik Jabatan Kerja Raya Telupid yang telah diubahsuai oleh Jabatan Pendidikan. Ia ditubuhkan pada tahun 1980 di kawasan JKR Telupid lengkap dengan kemudahan asrama. Ia bermula dengan hanya pembukaan kelas tingkatan satu.

PERKEMBANGAN SEKOLAH: Oleh kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah di daerah kecil Telupid, bilangan pelajarnya semakin bertambah. Sekolah lama di kawasan JKR ini telah tidak dapat menampung pertambahan tersebut. Dengan Ihsan daripada Jabatan Perhutanan, sebidang tanah seluas kira-kira 24 ekar milik jabatan tersebut telah diberikan kepada Jabatan Pendidikan sebagai tapak pembinaan sekolah baru SMK Telupid pada tahun 1985. Sekolah ini siap sepenuhnya dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1987. Dengan itu, pada 1 Julai 1987, SMK Telupid telah mempunyai bangunan sendiri dan menampung kelas Tingkatan 1, 2 dan 3. Pada tahun 1988, kelas Tingkatan 4 pula dibuka sebanyak 3 kelas dan seterusnya kelas tingkatan 5 sebanyak 3 kelas bermula pada tahun berikutnya. Pada tahun 1999, bilangan kelas telah mencecah kepada 37 buah. Pada tahun 1999 juga,SMK Telupid cawangan Entilibon (SMKTCE) telah dibuka dan dimulakan dengan 2 buah kelas tingkatan 1. Seramai 67 orang pelajar dari SK. Entilibon dan SK. Linayukan menjadi pelajar perintis di sekolah ini. 4 orang guru telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah tersebut termasuk En. Raimin Jainal sebagai ketua pada masa itu.

Pada 28 Jun 1999, sebuah kelas tingkatan 6 telah dibuka di SMK Telupid dengan seramai 35 orang pelajar. Oleh kerana bilangan pelajar yang layak ke tingkatan 6 dari sekitar daerah Telupid, Kinabatangan dan Pinangah terlalu tinggi, sebuah lagi kelas tingkatan 6 telah dibuka pada 28 Julai 1999. Kini(2001), SMK Telupid mempunyai seramai 65 orang pelajar Tingkatan 6 atas dan 36 orang pelajar tingkatan 6 rendah.

Senarai nama pengetua SMK Telupid dari tahun 1980-sekarang:

Encik Tony T.Latik-Keningau, Sabah (1980-1982)

Encik Azizan Abdullah-Kedah (1982-1984)

Encik Ag.Damit Abdullah-Tambunan, Sabah (1984-1985)

Encik Mohd.Helmi Basuni-Sandakan, Sabah (1985-1988)

Encik Zainuddin Zahari-Sandakan, Sabah (1988-1991)

Encik Zainuddin Ahmad-Selangor (1991-1992)

Encik Safian Sahuri Ismail-Perak (1992-1995)

Encik Julius J. Gala-Menggatal, Sabah (1996-2000)

Encik Rashidie B. Marujin-Keningau, Sabah (2000 - Jun, 2005)

Encik Roslan Bin Diming - Sandakan, Sabah. (Feb, 2006 - Feb, 2008)

Encik Rukimin Bin Sulit - Telupid, Sabah (Feb, 2008 - hingga June 2020)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid
Peti Surat 02,
89320 Telupid,
Sabah, Malaysia
Telefon = 089-521734
Fax = 089-521734

Pautan luar sunting