Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana atau nama ringkasnya SMK Tengku Laksamana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Alor Setar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana
Lokasi
 Malaysia Jalan Kuala Kedah,, 06600, Alor Setar,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047716482
Kod sekolahKEE2108
PengetuaHASHIMAH BINTI ISHAK
GPK Pentadbiran dan AkademikABDUL SHOMAD BIN JAAFAR
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNOR APANDI BIN ABDULLAH
Penolong Kanan KokurikulumMOHD ROSLI BIN SAID
Faks6047721482


Pada 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana memiliki 479 pelajar lelaki dan 347 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 826 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.

Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Pelajaran Lanjutan Alor Setar diasaskan penubuhannya pada 2 April 1962. Pelajar lelaki menumpang di Kolej Sultan Abdul Hamid manakala pelajar perempuan di Sekolah Menengah Sultanah Asma. Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 372 orang dan jumlah guru pula seramai 13 orang.

Pada tahun 1964, pelajar-pelajar ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama dan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru.

Pelaksanaan Dasar Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965 menyebabkan pertukaran nama sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Telok Chengai (L) khas bagi pelajar lelaki dan Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah bagi pelajar perempuan. Pelajar-pelajar mula berpindah ke bangunan yang ada sekarang pada bulan Januari 1966.

Sekolah ini dirasmikan pada 23 Mac 1969 oleh Yang Berhormat En. Mohd.Khir Johari (Tan Sri) Menteri Pelajaran pada masa itu. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sekolah yang pertama ialah YAB Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dato' Ooi Eng Hong.

Pada awal tahun 1985, sekolah ini mula mengambil pelajar-pelajar perempuan dan nama sekolah ini bertukar menjadi Sekolah Menengah Tengku Laksamana pada bulan Mac 1988.

.....

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana
Jalan Kuala Kedah,
06600, Alor Setar
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047716482
Fax = 6047721482

Pautan luar sunting